SOME THING TO SAY...



Just a little part of my life. My lecturer said, when you write, without realising it, you will tell your own stories. Well... he is saying the truth because I am writing from my experience and also my desire and dreams. :) So it is a little part of my life. Im showing it with words in a plot.

Wednesday, April 28, 2010

Jika Ini Takdirku-Part 2


Alina terjaga dari tidurnya.  Mimpi itu berulang lagi.  Malah ianya bukan mimpi, tetapi ulangan kejadian malam itu,  sejak itu dia tidak pasti akan perasaannya pada Shamir.  Cintanya pada Shamir tidak pernah sekali-kali pudar.  Tetapi segala yang berlaku pada malam itu, benar-benar meragut jiwanya seperti Shamir yang mengambil nyawa Datuk Shakur. 
Setahunya, dia tidak pernah mengenali lelaki itu, dan tidak pernah melihat lelaki itu bersama Shamir.  Ingin bertanya pada Shamir, sejak itu mereka tidak bertemu lagi memandangkan segalanya telah berubah sejak dia dan Shamir serta Ahmidi mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing dan keluar dari Nur Kasih.
Alina bangun dan ke dapur.  Kemudian dia membawa cawannya ke luar untuk merasa angin malam. 
“Assalamualaikum…”
Alina menoleh.  Cawan ditangannya jatuh dan pecah.
“Alina, saya minta maaf…  Tolonglah, saya tak mahu kehilangan seseorang yang begitu rapat dengan saya.  Alina, jangan tinggalkan saya…”
“Awak yang buat saya terpaksa meninggalkan awak.” Alina mengambil keputusan untuk masuk ke dalam rumah.
“Alina, tunggu!  Saya pasti awak tak mahu tahu apa yang berada dalam genggaman saya…” Air mata Alina mulai bergenang.  Sungguh dia bukanlah seorang yang pandai menyembunyikan perasaan dan air matanya memang mudah mengalir.  Dia sememangnya tidak kuat.
“Kenapa awak berubah, Shamir?” Alina memberanikan diri untuk bertanya.
“Saya tak pernah berubah.  Cuma saya tak sanggup lagi memendam perasaan dendam ni terlalu lama.  Dia berhak mati.  Saya membalasnya demi orang yang saya cintai.”
“Tapi awak tak berhak mengambil nyawanya.  Yang berhak hanya Allah S.W.T. sahaja…  Awak dah melampau, Shamir…” kata Alina perlahan.
“Mama saya menanggung derita yang begitu lama dan diseksa sebelum dia pergi.  Itu dah kira baik saya mengambil nyawanya dengan segera tanpa seksaan.” Kata Shamir bertegas.
“Tapi awak tetap tak berhak ambil nyawa seseorang walau siapa pun awak!” tengking Alina.  Shamir terdiam apabila Alina berkata demikian.  Padanya, itulah kali pertama Alina meninggikan suaranya.  Selama ini Alina terkenal dengan sifat lemah lembut dan kesopan-satunnya.  Tetapi kali ini Shamir sedar, perbuatannya sekaligus telah mengubah sikap Alina terhadapnya.  Dia mulai menyesal.
Dia menyesal kerana Alina menjadi saksi kepada perbuatan durjananya itu.  Tetapi dia tidak sesekali menyesal membunuh Datuk Shakur.  Datuk Shakur sememangnya tidak layak hidup.  Dia tidak tahan melihat Datuk Shakur yang hidup dalam kesenangan sedangkan dia telah menyebabkan orang lain menanggung derita sehinggalah ke akhir hayatnya.
Alina duduk di bangku yang sememangnya telah tersedia di hadapan rumah sewanya.  Dia menangis teresak-esak.  Dulu, orang yang paling disayanginya yang merosakkan dirinya sendiri.  Abangnya sanggup berbuat apa sahaja demi duit.  Dan kini, Shamir, lelaki yang paling dicintainya pula terlibat dalam satu kes pembunuhan.  Sungguh dia tidak mempercayainya walau kejadian itu berlaku di hadapan matanya sendiri.  Ke mana hilangnya keimanan Shamir di kala itu?  Benar kata orang, lelaki yang kelihatan tenang seolah tasik yang tenang tetapi dalam dan berbahaya.  Berkemungkinan juga tasik itu berbuaya.
Shamir masuk ke perkarangan rumah Alina.  Mereka hanya diterangi lampu spotlight dan lampu jalan di hadapan rumah.  Shamir mengambil tempat disebelah Alina juga turut mengambil jarak.
“Saya ada sebab mengapa saya buat macam tu, Alina.  Tak kan senang-senang saja saya mengambil nyawa orang?”
“Walau macam mana pun sebab yang awak kemukakan, walau siapa pun awak, awak tetap tidak berhak mengambil nyawa seseorang melainkan malaikat yang diperintahkan Allah.  Malaikat pun kena tunggu perintah Allah untuk mengambil nyawa seseorang apalagi awak, hanya manusia biasa.  Apa hak awak?” hujah Alina.  Dia benar-benar kesal dengan Shamir.
“Datuk Shakur tu ayah saya…” perlahan Shamir memaklumkan Alina tentang kenyataan itu.  “Dia dah bunuh ibu saya.  Sedangkan saya masih lagi terkapai-kapai, tak kenal erti kehidupan pada usia yang snangat mentah.  Manakala ayah saya terus mengabaikan saya dan terus hidup dalam kesesatan duniawi dia sendiri tanpa mempedulikan saya.  Saya bagaikan anak yatim piatu sedangkan saya punya seorang ayah…  Seorang ayah yang tidak bertanggungjawab!” Shamir mengetap bibir menahan geram di hatinya.  Terasa seperti ingin sahaja disiat-siat tubuh Datuk Shakur di kala itu namun dia tidak mahu berbuat perkara yang terlebih-lebih.  Cukuplah sekarang dia menanggung dosa membunuh.
Alina terdiam.  Dia tidak nampak hak Shamir mengambil nyawa Datuk Shakur.  Lebih-lebih lagi darah Datuk Shakur mengalir dalam tubuh Shamir.  Bapanya sendiri.
“Awak dengar sini, Shamir. 

Jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah PERKARA BIASA,
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah ZALIM,
Jika kejahatan dibalas kejahatan adalah DENDAM,
Tetapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah MULIA DAN TERPUJI.

Awak pernah dengar semua ni kan??  Bukankah Ustazah Sairah sering mengulang perkara yang sama, kata-kata hikmat yang sama, kata-kata semangat yang sama?  Awak menyimpan dendam, Shamir…  Awak tak mahu ke jadi seorang yang mulia dan terpuji dengan membalas kejahatan dengan kebaikan?  Manalah tahu dengan cara itu, pintu hatinya terbuka apabila melihat kebaikan yang diterima dari awak?  Awak tak tahu…”
“Jangan nasihatkan saya kerana semua itu dah terlambat.” Jawab Shamir.  Nasihat Alina seakan tidak diambil peduli.  Alina mengeluh.
“Tidak menyesalkah awak membunuh seseorang tanpa izin-Nya?  Awak melakukan satu dosa besar, Shamir!  Bertaubatlah!”
“Tak.  Saya tak akan menyesal.  Dan jangan pernah awak suruh saya menyesal atas tindakan saya.  Saya tak akan menyesal dengan perbuatan saya.  Dia berhak mati.  Dia telah menyebabkan ibu saya terseksa sepanjang perkahwinannya dan saya tak akan berdiam diri dan membiarkannya berlalu begitu saja.” Tegas Shamir.
“Awak bongkak, Shamir.  Awak dah sesat!  Pergi awak dari sini!  Selagi awak tak terdetik di hati untuk bertaubat, jangan awak pernah bermimpi untuk datang berjumpa saya!  Saya tak mahu rapat dengan seorang penjenayah dan seorang yang angkuh dan tak reti bertaubat setelah melakukan satu dosa besar dengan sengaja!  Dan saya tak akan berdiam diri.  Saya tak mahu bersubahat dengan awak.” Tegas Alina sekaligus memberi amaran kepada Shamir.  Alina sudah berdiri mengusir Shamir keluar dari eprkarangan rumahnya.
Shamir seakan terkejut dengan kata putus Alina.  Ternyata Alina tidak dapat menerima perbuatannya.  Dia juga tidak percaya Alina akan berpaling darinya walhal dia tahu Alina sangat menyanyanginya setelah dimaklumkan Ahmidi.
“Pergi!” jerit Alina.
“Alina…  Sampai hati awak buat saya macam ni?  Bagaimana dengan perhubungan kita?”
“Semuanya dah tamat.  Dan kenapa perlu saya simpati pada nasib awak?  Sedangkan awak angkuh dengan Tuhan yang memberikan awak nyawa.  Sepatutnya awak juga tidak berhak hidup sebab awak telah mengambil nyawa orang lain.  Sama seperti ayah awak yang telah mengambil nyawa ibu awak.  Bukan ke begitu?  Pasti ibu awak pun kecewa apabila mengetahui anaknya kini seorang pembunuh…”
Shamir terdiam.  Alina puas hati. 
“Sekarang awak pergi!!  Jangan sampai saya jerit sehingga kedengaran olah jiran-jiran saya.  Kalau tidak, memang teruk nasib awak.” Ugut Alina.
Mahu tidak mahu, Shamir bengun dan melangkah keluar dari perkarangan rumah Alina.  Hatinya remuk.  Reaksi Alina yang diterima benar-benar di luar jangkaannya.  Sangkanya Alina akan mengikut rentaknya dan menjalankan kehidupan seperti biasa setelah perkara ini selesai.  Namun segalanya bertambah teruk.  Kini, dia sendirian.
Alina mengerling jam di dinding.  Pukul 3 pagi.  Hampir 3 jam dia di luar bersama Shamir tadi.  Tidak dapat dibayangkan perasaannya pada waktu itu.  Sanggupkah dia melaporkan hal itu kepada polis sedangkan dia terlalu menyanyangi lelaki itu.  Tetapi dia sedar, jika tidak dilaporkan, bermakna dia bersubahat dengan Shamir.  Apa-apapun, agama didahulukan.  Hati dan perasaan, hanya Allah yang akan menentukannya.  Allah akan buat yang terbaik untuk orang yang sentiasa mengingati-Nya dan melaksanakan perintah-Nya.

***

Telefon Alina berdering minta diangkat.
“Cik Alina, mayat Datuk Shakur berjaya ditemui di tempat yang Cik Alina maksudkan dan sekarang kami menunggu laporan dari pihak pakar forensik.  Tetapi pakar forensik tidak dapat menjalankan pembedahan mayat untuk siasatan sebelum mendapat keizinan daripada keluarga Datuk Shakur.”
“Tapi, saya tak tahu apa-apa maklumat tentang Datuk Shakur.  Saya hanya menjadi saksi kejadian itu.  Pada waktu itu pun saya tidak tahu apa hubungan suspek dengan mangsa.”
“Cik Alina kenal suspek?  Kalau tidak pun, cik mengecam wajahnya?” Alina terdiam memikirkan jawapan yang seharusnya diberikan.  “Cik Alina?”
“Cik Alina tidak perlu khuatir.  Identiti Cik Alina akan dirahsiakan dan saya beri jaminan perkara ini tidak akan diheboh-hebohkan kepada pihak media.” Jamin Inspektor Zali.
“Saya…  Saya tak kenal suspek tu…” Alina menahan getar di hati.  Dia beristighfar…  Oh tidak…  Dia berbohong dan bersubahat kerana menyembunyikan perkara yang sebenar!
“Cik Alina pasti?  Saya bukan nak kata apa.  Tetapi maklumat ini penting.  Dan pihak polis berharap Cik Alina tidak menyembunyikan sebarang maklumat yang Cik Alina ketahui.” Alina mengeluh berat.  Dia membaca Basmallah.
“Ya, saya kenal suspek.  Kejadian itu berlaku di hadapan mata saya sendiri dengan pengetahuan suspek.  Tetapi sekarang saya tak tahu di mana dia.”
“Kalau begitu, senanglah kami mencarinya dan kami akan cuba mengmpul sebanyak bukti yang mungkin.  Dan boleh Cik Alina bantu kami mencari keluarga En Shakur memandangkan kami tidak boleh menyiarkan perkara ini kepada pihak media atas permintaan Cik Alina?”
“Oh, boleh…  Insya-Allah…”

***

Dua bulan telah berlalu.  Hari yang dilaluinya terasa sunyi tanpa kehadiran Shamir.  Hazeem juga naik hairan apabila Shamir jarang mengajaknya makan bersama-sama dengan Alina juga Ahmidi.
“Alina, mana perginya Shamir ni?  Tak nampak langsung bayang dia?”
“Dia sibuk kot?”
“Aik?  Tak kan sibuk sampai tertinggal awek dia yang sorang ni?  Gaduh ek?”
“Kau ni pekak ke atau buat-buat pekak?  Aku cakap mungkin dia tengah sibuk!  Kalau kau nak tahu perkara yang lebih terperinci, pergilah call dia!” marah Alina.
“Kau ni kenapa?  Bad mood je bila aku tanya pasal Shamir.”
“Boleh tak kau tinggalkan aku?  Aku ada banyak benda nak buat.”
“Ok…  Ok…  Sorry…  Nanti ajaklah Ahmidi, aku belanja petang ni.”
“Hmph…  Kalau aku jumpa dia.”
Hazeem meninggalkan Alina dan bergerak ke majanya.  Dia memandang ALina dari jauh.  Sikapnya sejak akhir-akhir ini memang berlainan.  Murung sepanjang masa.  Tak pernah dia lihat Alina ketawa riang seperti dulu.  Yang menyapa matanya, hanya senyuman yang dibuat-buat.  Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.

***

“Alina, apa yang berlaku sebenarnya?  Shamir membunuh?  Mustahil…”
“Janji dengan aku, kau akan merahsiakan perkara ini kerana ia melibatkan pihak polis juga.”
“Ya, aku janji.”
“Betul…  Shamir membalas dendam terhadap En Shakur, ayahnya yang menyebabkan kebakaran rumah yang mengorbankan ibunya masa Shamir kecil dulu.  Dia tak boleh berdiam diri dan bertindak di luar batas agama.  Dia dah tak waras lagi, Midi!”
“Tapi…” Ahmidi bagaikan tergamam.
“Hmph… mustahil kan?  Walaupun kejadian ni berlaku depan mata aku sendiri, aku pun susah nak percaya.  Dan yang lebih mengecewakan aku, Shamir tak nak bertaubat.  Dengan angkuhnya dia cakap Datuk Shakur berhak mati.”
“Astagfirullah hal azim…” Ahmidi menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.
Shamir, ke mana perginya akidah dan iman serta akal fikiran yang dah Allah kurniakan kepada kau?  Kenapa kau mensia-siakan kurniaan ni??  Ustazah pasti kecewa dengan sikap kau, Shamir.  Dulu kau adalah putera cemerlang di Nur Kasih.  Kini?  Moga Allah membuka pintu hati kau untuk bertaubat.
“Alina?” tegur seseorang.  Alina dan Ahmidi menoleh ke arah empunya suara.  Seorang lelaki bersama seorang gadis remaja berusia belasan tahun di sampingnya memandang Alina dengan sayu.
“Ya, saya?”
“Siapa yang begitu tega membunuh seorang ayah yang begitu prihatin dan penyanyang? Walhal kami ni hanya anak tirinya sahaja…  Sanggup dia!”
Air mata Dalila mengalir lagi.  Hazrill memeluk bahu adiknya.  Dia mengusap rambut Dalila untuk menenangkan perasaannya.
“Seorang anak yang diabaikan si ayah dan berdendam kerana menjadi punca kematian si ibu.”
“Kenapa?  Kenapa si anak tu bodoh sangat tanpa usul periksa terus membunuh seorang ayah yang telah insaf?  Ayah ada mengatakan pada kami sekeluarga bahawa dia amat merindui seorang anak lelakinya yang bernama Shamir Aifi.  Sekarang mungkin usianya sebaya dengan kita.  Ayah cuba mencarinya tetapi tidak ketemu memandangkan rumah kediamannya suatu masu dulu hanya meninggalkan kesan bakaran.”
“Dan kini, tiba-tiba sahaja ayah dibunuh dengan kejam!  Sedangkan ayah amat penyanyang dan prihatinkan kami…  Setiap malam ayah akan ke masjid bertawakal kepada Allah diberi petunjuk untuk menjejak anaknya.  Tapi ini pula yang ayah dapat.” Cerita Dalila kesal.
“Tak apalah… Setiap yang berlaku, ada hikmahnya.  Cuma sama ada kita nampak hikmahnya atau pun tidak…” kata Ahmidi.
Alina mendiamkan diri memandang lantai.  Ahmidi memandang Alina tidak berkelip.  Alina memang cantik sebenarnya.  Tak hairanlah kalau dulu dia laku.  Tapi sejarah hitamnya dulu membuatkan aku sukar untuk menambatnya hatinya.  Atau mungkin kerana cintanya pada Shamir masih utuh?  Ya, mungkin dulu aku hanya sekadar ingin bersuka-suka.  Tetapi kini, Alina sahaja yang diingatinya.
Midi…  Asal kau termenung panjang mengalahkan anak tiri Datuk Shakur ni?” usik Alina.  Ahmidi tersengih.  Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kenapa?  Tak boleh ke?”
“Boleh…  Tapi ikut tempat la…  Kau ni, kat sini jugak nak termenung fikir pasal bakal isteri…”
“Hahaha…  Bakal isteri?  Tak adalah…  Lambat lagilah…”
“Eh, apa yang lambatnye?  Tak lama lagi umur kau dah nak masuk 27 tau…  Lambat kau kata…”
Alah…  Cakap orang kau pun sama je…  Lagi-lagi kau tu perempuan…”
“Tak apa…  Aku akan tetap tunggu Shamir.  Aku tahu dia pasti akan bertaubat suatu hari nanti walau lama mana pun aku kena tunggu…”
“Walau kau dah tak ada lagi kat dunia ni?  Ha?”
“Hm…  Mungkin?”
“Alina, itu satu penantian yang sia-sia dan seriously aku cakap, bodoh namanya tu!  Tak guna tunggu orang alim-alim kucing macam Shamir tu.”
“Kau tak payahlah nak hasut aku supaya lupakan Shamir dan datang pada kau.  Perkara tu tak akan berlaku…”
“Astaga…  Apa kau merepek ni?” Ahmidi sebenarnya terkejut dengan kata-kata Alina.  Tak sangka Alina mengetahuinya walaupun dia tidak memberitahu.
“Kau jangan nak buat-buat terkejut pulak…  Aku dah malas nak layan segala drama kau.  Kau fikir aku tak tahu?  Kau jangan fikir aku ni bodoh tau…  Aku masih ada otak untuk fikir.”
“Kalau kau masih ada otak untuk fikir, asal kau cakap macam ni?  Cakap macam aku gilakan kau sangat.  Kau boleh tak jangan nak berlagak macam minah yang perasan cantik?  Aku dah muak nak tengok perempuan yang berlambak lagi kat luar sana, tambah pulak dengan kau yang berperangai perasan macam ni!” tiba-tiba Ahmidi dikuasai rasa amarah.
Tetapi jauh dari dasar hatinya.  Dia kecewa dengan sikap Alina.  Memang cinta itu buta.  Masih lagi nak mengharap pada yang tak pasti.  Memang dia masih mengharapkan Alina untuk menjadi miliknya, tetapi tidaklah sehingga terlalu terdesak!  Kalau tak ada jodoh nak buat macam mana?  Tuduhan Alina membuatkannya bengang.  Huh…  Hanya disebabkan Shamir, aku dan Alina jadi begini.   Tapi sekurang-kurangnya Allah menunjukkan bahawa mungkin Alina tidak sesuai untukku.
Dia memerhatikan Alina.  Alina berjalan menuju ke keretanya.  Dia tersenyum.  Syukur dia ditempatkan di Nur Kasih.  Ada juga harapan untuk dia menjadi orang yang berjaya.  Kalau dia tidak masuk ke Nur Kasih, mungkin kini, dia ditinggalkan gadis-gadis cantik dan seksi serta cun-melecun tu…  Dan dia juga pasti bakal merempat di tepi jalan meminta sedekah.  Tak mungkin dia akan memandu kereta semewah ini.

***

“Alina, kenapa dengan awak ni?”
“Sakit sangat…”
Shamir memapah Alina.  Wangian rambut Alina yang menusuk membuatkan debaran di dada bertambah kencang.  Kenapa aku tak pernah sedar yang dia ni terlalu istimewa di hati ni?  Jemari kasarnya menyentuh tangan mulus Alina.  Inilah ciri seorang wanita sebenar.  Tak macam perempuan sekarang ni…  Biadap, kurang ajar, tak ada sifat pemalu dan mereka juga kasar mengalahkan lelaki!
“Maaf…  Saya selalu menyusahkan awak…”
“Tak apalah…  Dah saya yang selalu terserempak dengan awak, saya pun tolonglah…  Lagipun kalau bukan saya yang tolong, siapa yang nak tolong awak?  Betul tak?” Alina hanya tersenyum.
Inilah kali pertama Shamir rancak berborak dengannya.  Kalau tak, jangan haraplah…  Alina memandang Shamir.  Shamir yang perasan dirinya diperhati mencuba sedaya upaya untuk tidak memandang Alina.  Dia tidak mahu Alina malu apabila dia menyedari yang aku tahu dia memerhatikanku.
“Saya tengok, awak selalu sakit.”
“Hm…  Saya persis seperti ibu saya.  Kami memang tidak tahan sakit.  Antibodi kami lemah.  Maaf sangat-sangat sebab menyusahkan awak.”
“Tak mengapa.  Saya tak kisah.  Awak kenapa tadi?”
“Saya ada migrain…”
“Awak ada masalah ke sampai migrain awak sampai?”
“Mmmm…”
“Kenapa?  Masih fikirkan abang awak?  Atau kisah silam awak?”
“Dua-dua.”
“Tak perlu lagi awak fikirkan dia.  Yang dah lepas, lepaslah…  Kita tak dapat nak ubah apa-apa walau macam mana kita fikirkan pun…  Dapat sakit adalah…”
“Macam mana awak tau pasal abang saya?” Shamir tersenyum.
“Awak tahu pasal Shima?”
“Tahu.”
“Azira?”
“Pun tahu.
“Ahmidi, Asyraf dan Hazikah?” Alina mengangguk.
“Saya?” Alina menggeleng.  Shamir tersenyum.
“Ok, kesimpulannya, kebanyakan yang tinggal kat sini semua awak tahu dari mana mereka datang dan mengapa.  Mengapa pula saya tak tahu mengapa awak di sini?  Betul tak?” Alina mengangguk.
“Awak pulak?  Kenapa?”
“Saya dari kecil memang tinggal di sini.  Dulu rumah ini rumah anak yatim.  Tetapi sekarang dah tukar konsep.”
“Alina, saya minta maaf…”
“Kenapa?”
Shamir mengeluarkan sebuah buku hardcover berkulit biru muda dan menyerahkannya kepada Alina.  Alina tergamam.  Diarinya!!  Ini mesti kerja Ahmidi!!  Oh tidak!
“Maaf…  Diari ni ada kat meja kantin minggu lepas.  Saya terbaca sedikit kat dalam.  Sebab awak tak tulis nama awak.  Saya terpaksa baca isinya untuk tahu siapa pemilik diari ni.  Dan cerita dalam ni macam kisah hidup awak je.  So, saya rasa ini mestilah awak punya kan?”
“Hm…” hanya itu yang Alina mampu ucapkan.  Shamir tersenyum.  Dia tahu Alina pasti memikirkan apa yang dia baca.  Dia tahu Alina meminatinya.  Dan dia juga tahu dengan lebih terperinci tentang Alina.  Segala-galanya.
Shamir terjaga dari tidurnya.  Sejak Alina menghalaunya dari hidup Alina, dia sering teringatkan Alina sehingga terbawak-bawak ke dalam tidur.  Alina…  Saya rindukan awak sangat-sangat.  Kalaulah awak mengerti hati ini betul-betul benci dengan sikap ayahnya dulu, pasti semua ini tidak akan berlaku.  Kenapa Alina tidak boleh menjadi seorang yang memahami seperti sebelum ini??
Susah sangat ke??  Sedangkan mereka kan pasangan kekasih?  Kenapa Alina tidak boleh jadi seperti pasangan kekasih yang lain?  Kenapa?  Kenapa orang lain elok aja tapi dia tak boleh nak faham hati dan perasaannya yang sememangnya amat membenci bapanya itu?
Tidak bolehkah Alina mengerti bahawa bapanya terlalu kejam menyeksa ibunya?  Bapanya telah merampas kebahagiaan hidupnya!  Bapanya telah membunuh ibunya!  Bapanya telah membiarkan dia tergapai-gapai seorang diri di dunia yang luas ini.  Jika dia tidak ditolong dan tidak ke Nur Kasih, pasti dia sudah merempat di tepi jalan!  Tidakkah Alina berfikir tentang kemungkinan itu dan segala yang bapanya lakukan kepadanya dan juga ibunya??  Tidakkah dia berfikir??
Shamir tiba-tiba diburu rasa amarah.  Dia mencampak apa sahaja yang berada di tangannya.  Telefonnya hancur berkecai, barang-barang di atas meja di tolak sekuat hati sehingga jatuh dan cawan kaca di balingnya untuk melepaskan nafsu marahnya.  Dia menjerit sekuat hati.
“Assalamualaikum!!”
Shamir yang bagaikan dirasuk tersedar dan mulai menyesal dengan tindakan bodohnya.  Nampak sangat dia berperangai kebudak-budakan.  Dia ke pintu utama membuka pintu kepada tetamunya.  Sudah pasti Damira yang sering datang menghantar makanan kepadanya atas arahan ibunya.
“Walaikumsalam.”
Abang, abang ok ke?”
Abang ok.  Ada apa ni Mira?  Ingatkan Mira hantar makanan?” Shamir cuba uuntuk berlembut dnegannya setelah dia mengamuk sakan tadi.  Yalah, tak kan tiba-tiba mengamuk boleh jadi lembut tiba-tiba.  Pastilah ambil masa.
“Oh…  Hari ni ibu tak suruh hantar makanan untuk abang tapi Mira dah terbiasa pulak hantar makanan pada abang.  Ini Mira yang masak sendiri.  Abang cubalah.”
Damira mennyuakan karipap kepada Shamir.  Shamir ingin mengambilnya tetapi tidak dibenarkan.  Akhirnya Shamir mengalah dan membiarkan Damira menyuapnya.  Damira menanti lampu hijau dari Shamir.  Dia sudah tersenyum-senyum.
“Macam mana abang?  Sedap tak?  Lamanya abang nak rasa?” Damira yang sememangnya bersikap keanak-anakannya itu membuatkan Shamir mengukir senyuman.  Dia mengangguk-angguk.
“Sedap…  Inti apa ni?  Nak kata kari tak jugak…  Lain rasa dia kali ni.” Tanya Shamir ramah bagaikan terlupa marahnya.
“Kali ni Mira buat kelainan sikit.  Mira letak sambal.  Sedapkan?  Nah, ini memang Mira buat khas untuk abang.” Shamir tersenyum dan mengucap terima kasih.
“Eh?  Kenapa bersepah sangat rumah abang ni?” Damira sudahpun melangkah masuk ke dalam rumah Shamir.
Damira tertarik pada satu gambar di lantai yang telah terkoyak.  Dia menyusunnya semula.  Gambar dua orang lelaki beserta dua orang perempuan.  Seorang dari perempuan itu kelihatan sudah berumur dan disebelah perempuan itu, terdapat seorang perempuan yang elok berjubah biru muda.  Dia kelihatan sungguh manis.  Lelaki di sebelah Shamir pula segak berbaju melayu. 
“Masa tu raya dalam lebih kurang 7 tahun lepas.” Terang Shamir tanpa ditanya.
“Lamanya…  Tapi ini siapa?  Kenapa gambar ni koyak-rabak?”
“Abang tengah marah lalu abang koyakkan gambar tu tanpa abang sedari.  Sedangkan gambar itu sahaja yang abang ada sebagai kenangan.  Perempuan di sebelah yang berjubah biru tu kekasih abang.  Sekarang dia dah buang abang dari hidup abang.”
“Kenapa?  Apa kurangnya abang?”
“Sebab…  Sebab abang dah bunuh ayah abang…”
Damira tergamam.  Dia memandang wajah Shamir tidak berkelip.  Lelaki ini pernah membunuh??  Shamir pula bagaikan tersedar akan ketelanjurannya.  Damira mulai diserbu rasa takut apabila wajah Shamir berubah.  Dia bagaikan sedang manahan marahnya.
Shamir menutup dan mengunci pintu rumahnya.  Dia mendapatkan Damira dan menolak tubuh Damira kasar.  Damira sudah terbaring tidak berdaya hendak bangun dengan air mata merembes keluar menitis.  Shamir kini sudah berubah watak.  Dia bagaikan ada dua perwatakan.
Shamir menahan tubuh Damira supaya dia tidak meronta dan ingin melarikan diri walaupun sebenarnya Damira tidak berdaya.  Apalah sangat dengan kudrat seorang remaja yang baru mencecah usia 16 tahun berbanding dirinya yang sudah 28 tahun.  Tapi manalah tahu kalau tiba-tiba Damira keluar dengan taekwando atau silat?
“Kenapa, Mira?  Takut ke berdepan dengan seorang pembunuh.  Mungkin abang tak nak bunuh orang yang tak ada kaitan dengan hidup abang.  Tapi abang dah terlanjur kata.  Dan abang tahu Mira bukanlah seorang yang boleh dipercayai.  Lebih-lebih lagi dengan mulut ramah Mira tu.  Jadi, abang tak ada pilihan…”
Abang…  Janganlah buat Mira macam ni bang…  Mira janji Mira akan simpan rahsia abang dan Mira akan buat apa sahaja demi abang asalkan abang lepaskan Mira balik rumah.  Abang, tolonglah, Mira merayu…” Shamir tersengih mendengar kata-kata Damiira.
“Apa sahaja?” Damira menelan air liur.  Dia mula berasa tidak senang.  Tetapi dia terpaksa akur.  Damira berdoa di dalam hati agar Allah menjauhkan perkara yang tidak elok yang bakal Shamir lakukan pada dirinya.
Abang nak Mira bunuh diri, ataupun Mira nak abang yang bunuh Mira.”
Air mata Damira menitis lagi.  Abang Shamir!!  Kenapa abang begini?  Ini ke Abang Shamir yang Mira kenal?  Ya Allah, selamatkan hamba-Mu ini, Ya Allah!  Tolonglah hamba-Mu!  Aku mohon, Ya Allah!
“Pilih!!!”
“Mira tak nak kedua-duanya abang…  Abang, tolong lepaskan Mira…”
Shamir bangun dan menarik kasar lengan Damira memaksanya bangun.  Damira berasa sakit apabila lengannya ditarik sebegitu.  Air matanya tidak berhenti mengalir.  Selama ini Abang Shamir sangat lemah-lembut dan rajin ke surau.  Tapi kini?  Syaitan mana yang telah merasuk Abang Shamirnya ini??  Yang ibunya puja sangat-sangat ni??
Ibu…  Tolong Mira…  Tolonglah…  Sesiapa sahaja.  Ayah…  Kakak…  Aina…  Sesiapa…  Tolonglah sedar kehilangan diri ini…  Tolonglah dengar segala apa yang berlaku disebelah rumah kita ni…  Tolonglah dengar segala apa yang Abang Shamir terjerit-jeritkan tadi…  Sesiapa…  Tolonglah…  Ya Allah…  Lembutkanlah hati Abnag Shamir dengan ketengan jiwa tatkala ini…
Shamir mencampak tubuh kecil Damira bagaikan mencampak telefonnya tadi di dalam bilik kecil di belakang.  Damira terhantuk pada dinding dan terus tidak sedarkan diri.  Shamir mengambil kain dan tali.  Dia mengikat tangan dan kaki Damira dengan tali tersebut dan mengikat kain pada mulutnya supaya jeritannya tidak didengari orang lain.

***

I love you, I love you, I love you, I love you, I love you, I love you, I love you, I love you, I love you, I love you, I love you, I love you, I love you, I love you, I love you, Ilove you, Alina!!!  Ahmidi nekad.  Dia tidak dapat menafikannya lagi.  Memang dia tidak dapat menyangkal lagi.  Dia sudah gilakan Alina.  Dulu, mungkin dia mengatakan bahawa jika dia tidak dapat memiliki Alina, masih ramai lagi gadis di luar sana.  Tetapi kini, hatinya benar-benar tidak dapat dibohongi lagi.  Yang dia mahu hanyalah Alina.
Midi…  Asal ni?  Aku mintak maaf.  Aku dikuasai perasaan marah.  Aku tak tahu kenapa.  Setiap kali cakap pasal Shamir, aku jadi sensitif dan tak boleh kawal perasaan aku.” Air mata Alina bergenang dan menitis.
“Aku sebenarnya tak dapat terima bila Shamir buat macam tu.  Ya Allah…  Betul cakap kau Midi.  Aku tak sepatutnya tunggu lelaki keparat macam dia.  Sampai bila aku harus menunggu pada yang tak pasti, kan?” Ahmidi tersenyum mendengar kata-kata Alina.
Midi, kalau ada ruang di hati kau untuk aku lagi, aku sudi ambil tempat tu.” Ahmidi memandang Alina tepat ke wajahnya.  Dia bagaikan tidak percaya.  Alina?  Biar betul?  Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke Illahi.
“Terima kasih, Alina.  Terima kasih sangat-sangat.” Ahmidi mencapai tangan Alina dan menggenggamnya seerat mungkin.
Midi…  Lepaskanlah…” Alina mula berasa tidak selesa apabila bersentuhan dengan Ahmidi.  Ahmidi tersenyum.  Dia melepaskan genggamannya mengerti dengan ketidakselesaan Alina.

***

“Assalamualaikum…”
“Walaikumsalam, Ya Allah!  Alina, Ahmidi!  Eh, masuklah…” jemput Ustazah Sairah.
“Ustazah macam mana?  Sihat?”
“Alhamdulillah, sihat…  Korang berdua saja ke?  Shamir mana?” Alina memandang Ahmidi.
“Entahlah Ustazah.  Kami dah lama tak berhubung.  Lost contact sejak dia tukar tempat kerja.” Bohong Ahmidi.  Alina hanya tersenyum mengangguk-angguk.
“Oh begitu…  Haish, kamu berdua ni.  Berapa kali Ustazah nak ingatkan kamu Midi?  Jangan ikut lagi perangai yang lama.  Ini anak dara oranglah!” tegur Ustazah Sairah apabila Ahmidi berada begitu rapat dengan Alina sehingga bersentuhan bahu.  Alina hanya menunduk malu.  Ahmidi sudah tersengih.
“Ustazah…  Sebenarnya kami ke sini ada hajat besar.  Kami nak jemput Ustazah ke majlis persandingan kami lusa.  Kami dah nikah minggu lepas.” Maklum Ahmidi.  Ustazah Sairah memandang Alina tidak berkelip.
“Betul ke ni??” Alina dan Ahmidi mengangguk-angguk.
“Ya Allah…  Sungguh Ustazah tak menyangka rupanya ini jodoh kamu.  Syukur…  Insya-Allah nanti Ustazah datang dengan suami dan anak Ustazah.”

***

“Terima kasih, Alina.  Terima kasih sangat-sangat.” Ahmidi mengucup pipi Alina penuh kasih.  Alina tersenyum.  Walaupun dia tidak sebahagia seperti bersama Shamir tetapi kebahagiaan tetap terasa.
“Alina!  Kurang ajar!  Tak sangka kau tikam aku dari belakang, Midi!” Shamir mengacukan sepucuk pistol ke arah Ahmidi dan Alina.  Ahmidi sudah mengagak perkara itu bakal berlaku.  Dia mendapat tahu daripada ibu Damiera, bahawa Damiera ditemui mati di rumah sebelahnya, rumah yang didiami Shamir.  Sejak itu dia mula berwaspada. 
Ibu Damiera yang turut berada di majlis itu menjadi histeria.  Dia teringatkan bagaimana Shamir membunuh anak gadisnya.  Ibu Damiera tidak dapat mengawal perasaannya lalu mendapatkan Shamir dan pergelutan mula berlaku.  Pihak polis yang sudah berada di sana cuba meleraikan pergelutan dengan beberapa anggotanya bersedia dengan pistol dan kayu andainya Shamir melepaskan satu tembakan.
Namun semuanya terlambat apabila peluru dilepaskan dan akhirnya ibu saudara Ahmidi tumbang saat itu juga.  Ingin sahaja Ahmidi pergi mendapatkan ibu Damiera yang sudah terkulai layu tetapi lengannya ditarik Alina.  Alina tidak mahu Ahmidi mengancam nyawanya. 
Belum sempat Shamir bangun dari pergelutan yang menyebabkan kematian ibu Damiera, dia ditembak seorang anggota polis apabila dia mengacukan pistol pada Ahmidi.  Dengan segala kudrat yang masih berbaki, dia melepaskan tembakan terakhirnya yang mengena tepat ke bahu Alina.
Shamir melihat susuk tubuh Alina yang rebah beserta jeritan beberapa orang dengan pandangannya yang mulai kabur.  Maafkanku kerana menyakitimu, Alina.  Aku tak dapat terima apabila kau akhirnya akan bahagia dengan lelaki lain dan yang pasti bukan aku.  Andai kata kita ada jodoh, kita akan bertemu di alam yang bakal ku tempuh.
“Alina!!” raung Ahmidi.  Dia memandang Shamir yang sudah tidak bernyawa lagi.  Suasana yang sudah kecoh menajdi semakin kecoh apabila Alina rebah tidak sedarkan diri dengan darah pekat yang mengalir membasahi baju pengantin yang dipakai Alina.

***

“Abang, terima kasih atas segalanya.  Alina amat menghargainya.  Terima kasih banyak-banyak abang…”
“Shh…  Abang sanggup buat apa sahaja demi Alina.  Sekarang Alina rehatlah dengan tenang.  Abang izinkan Alina jika kita tidak ditakdirkan bersama lagi…  Mungkin kita hanya diizinkan sebagai suami isteri hanya untuk seminggu.” Air mata Ahmidi sudah tidak dapat dibendung lagi lalu mengalir menitis ke pipi gebu Alina.
Ahmidi membantu Alina mengucap.  Akhirnya Alina menghembus nafasnya yang terakhir di pangkuan Ahmidi.  Ahmidi menundukkan wajahnya sedih dengan segala yang berlaku.  Walaupun dia telah menyediakan pasukan polis sebagai langkah berjaga-jaga, namun takdir Allah, tiada siapa yang dapat menghalangnya.

- TAMAT -

No comments: