SOME THING TO SAY...



Just a little part of my life. My lecturer said, when you write, without realising it, you will tell your own stories. Well... he is saying the truth because I am writing from my experience and also my desire and dreams. :) So it is a little part of my life. Im showing it with words in a plot.

Thursday, April 1, 2010

Jika Ini Takdirku Part 1

“Papa…  Janganlah buat mama macam tu…  Mama tak salah…”  bercucuran air mata Shamir apabila melihat ibunya dipukul dengan teruk oleh ayahnya.
“Bini tak mengenang jasa!  Menyesal aku kahwin dengan kau!  Asyik keluar je memanjang tak reti nak duduk rumah!”
“Saya keluar carik duit, bang…  Kalau tak kita dan Shamir tak makan…”
Sekali lagi ibu Shamir dihentam dengan teruk sekali oleh ayah dengan tali pinggang.  Shamir menutup wajahnya tidak sanggup melihat penderitaan dan kesakitan yang dialami ibunya.  Shamir menutup kedua belah telinganya tidak mahu mendengar raungan ibunya yang jelas menunjukkan kesakitan. 
Tidak berapa lama kemudian, Shamir terdengar dentuman pintu yang kuat.  Dengan itu, tahulah dia bahawa ayahnya telah keluar dari rumah, meninggalkan ibunya dalam kesakitan.  Shamir bangun dan mendapatkan ibunya.  Dia memeluk ibunya seerat mungkin.  Tetapi tubuh kecilnya ditolak lembut oleh ibunya akibat kesakitan dan lebam-lebam di seluruh tubuhnya.
“Anak mama ni janganlah menangis sayang.  Anak mama kena kuat macam mama jugak.  Anak mama kan lelaki?  Lelaki tak boleh menangis…” pujuk ibunya.  Shamir memeluk lengan ibunya memandangkan dia tidak dapat memeluk tubuh ibunya.  Ibunya mengesat air mata yang berlinangan pada pipi Shamir.
“Shamir!!  Kau buat apa tu?  Sinilah, berangan pulak kau!” panggil Hazeem.  Shamir memandang Hazeem kosong.  Hazeem, teman rapatnya sejak dia kecil sehingga sekarang.
“Apahal engkau ni?  Bad mood ke?” Hazeem meninggalkan kerja mengutip sampah di padang dan mendapatkanku apabila aku langsung tidak berganjak dari tempat dudukku.  Hazeem menepuk-nepuk bahuku.
“Kau teringat kat arwah mak kau ke?” Tanya Hazeem apabila melihat air mataku yang telah berlinangan.
“Dia tinggalkan aku terlalu awal.  Disebabkan ayah akulah mama aku mati!  Dia mati sebab terseksa dan tak tahan lagi dengan penderitaan yang ditanggung dia.  Orang macam ayah aku tak layak hidup tapi…  dia masih hidup sampai sekarang dan mama aku pulak yang terlebih dulu tinggalkan aku, biarkan aku terkial-kial mencari hidup.”
“Mir…  Kau tak boleh macam ni.  Mak kau dah lama pergi.  Sejak kau umur 11 tahun, Mir…  Dan sekarang kehidupan kau dah stabil kan?  Kau dah berjaya dalam hidup kau.  Kau dah boleh sara diri engkau sendiri.  Itu dah mencukupi.  Semua ni ada hikmahnya.  Kau dapat berdikari dan mengenal dunia.  Kau dapat kenal erti kehidupan dalam usia yang muda.  Itu suatu pengalaman yang baik untuk kau dalam meneruskan kehidupan kau.” Nasihat Hazeem.
“Memang betul apa yang kau cakap tapi kau tak mungkin akan rasa apa yang aku rasa.  Kau ada keluarga, sedangkan aku, ayah aku dah lama abaikan aku.  Dia sanggup nak bunuh aku sekali.  Dia memang manusia tak berhati perut!”
“Mir…  Semua orang akan diduga dalam pelbagai bentuk.  Sekarang kau diduga dan aku belum terasa apa-apa lagi.  Mungkin ini masa untuk kau.  Tapi manalah tahu bila kau dah jumpa kebahagiaan kau dan waktu tu, aku pulak yang diduga.  Kita tak akan pernah boleh agak takdir.”
Pada usianya 11 tahun, hubungan antara ibu dan bapanya semakin teruk.  Tetapi entah mengapa ibunya tidak pernah meminta cerai dan bapanya tidak pernah berkata ingin menceraikan ibunya malah sering kali merungut menyesal berkahwin.
Suatu malam, bapanya pulang dalam keadaan mabuk.  Pada waktu itu Shamir dan ibunya telah lama dibuai mimpi indah.  Shamir terjaga apabila dia terasa sesuatu yang menarik-narik bajunya dan seakan meronta-ronta.  Shamir menggosok-gosok matanya.  Belum sempat dia melihat keadaan di dalam bilik dengan jelas, dia di tampar kuat oleh bapanya yang mabuk itu.
Waktu itu, dia sempat mendengar, ‘Kau akan mati malam ni!!’ ‘Abang, tolong, ampun…’ ‘Kau jangan masuk campur Shamir!  Budak kecik bodoh!’
Sebaik sahaja dia terjaga, dia melihat keadaan di dalam biliknya penuh dengan asap-asap tebal.  Dia terbatuk-batuk tidak boleh bernafas dengan baik.  Dia panik akan keadaan seperti itu.  Dia terdengar bunyi bising di luar yang menandakan orang ramai sedang membantu memadam api yang marak menjilat rumahnya yang usang itu. 
Shamir menggoyangkan tubuh ibunya supaya dapat mereka melepaskan diri bersama-sama daripada menjadi mangsa api yang marak itu.  Tetapi malangnya ibunya tidak bangun-bangun.  Shamir memeluk erat tubuh ibunya.  Dia tidak rela meninggalkan ibunya dalam suasana segenting itu.
Beberapa orang bomba masuk untuk menyelamatkan Shamir dan ibunya.  Tubuh ibunya sudah separuh rentung manakala Shamir melecur di bahagian badannya.  Dia rela kesakitan demi ibunya.  Dia tidak akan sekali-kali meninggalkan ibunya.  Beberapa orang bomba menarik Shamir dan memisahkan Shamir dengan ibunya dengan kasar memandangkan Shamir tidak mahu melepaskan pelukannya.  Ibunya diselamatkan oleh lagi seorang anggota bomba.
Di sekitar kawasan terdekat, Shamir terus mendapatkan ibunya yang dibaringkan di atas katil bergerak oleh pihak bomba tetapi dihalang oleh beberapa orang jururawat.  Shamir juga turut didukung dan dibawa oleh ibu bapa Hazeem ke hospital untuk memeriksa tubuhnya yang melecur.
Shamir meronta-ronta mahu dilepaskan tetapi ayah Hazeem terpaksa berkeras dengannya dan akhirnya, dengan kekerasan, Shamir dapat ditenangkan dan diperiksa oleh doktor.  Ibu Hazeem terharu dan mengalir air matanya apabila melihat betapa mendalamnya kasih Shamir terhadap ibunya sehingga tidak sanggup berpisah dengan ibunya walau dalam kebakaran yang berlaku sebentar tadi.
Shamir memerhatikan kesan parut melecur pada badannya yang hampir 90% telah sembuh.  Dia menangis.  Dia terlalu rindukan ibunya.  Mama…  Shamir rindu dengan mama…  Shamir rindu nak peluk mama…  Shamir rindukan masakan mama…  Shamir rindukan bau mama walaupun mama selalu bergelumang dengan kotoran dan juga bau bawang yang melekat pada jemari mama setiap kali memasak.  Shamir rindu mama…
Air matanya menitis tatkala teringatkan mamanya.  Dia begitu sedih dengan kehilangan seseorang yang begitu bermakna dalam hidupnya.  Hazeem menepuk perlahan bahunya.  Shamir tidak dapat membayangkan mengapa remaja sekarang tidak menghargai ibu bapa mereka sedangkan dirinya amat memerlukan kasih sayang insan yang bergelar ibu bapa.

***

“Aku tak tahu kenapa aku terlalu sukakan dia.  Aku suka dengan sikap dia yang tenang dan pendiam.  Dia pun tak macam kebanyak budak lelaki lain, kurang ajar dan biadap.  Aku tak pernah jumpa seorang lelaki yang begitu lemah-lembut dan bersopan-santun tapi keras orangnya apabila melibatkan maruah dirinya ataupun tentang agama.  Sangat mengagumkan aku.” Di mata Alina terbayang wajah tenang Shamir.  Jarang dia melihat lelaki itu tersenyum.  Tetapi yang pasti dia amat menyenangi lelaki itu.
Alina meneruskan penulisannya pada helaian diarinya.  Dia menceritakan tentang Shamir.  Hampir 90% isi kandungan diarinya tercatat nama Shamir.  Sungguh dia benar-benar kagum dengan sifat Shamir.  Cuma Shamir itu susah didekati dan tidak ramah orangnya.  Dia lebih suka mendiamkan diri daripada beramah mesra.  Kalau lebih pun, dia hanya akan tersenyum.
Tiba-tiba diarinya dirampas Ahmidi.  Alina terkejut dengan tindakan Ahmidi yang sangat mengganggu ketenteramannya.  Dia segera mengambil diarinya semula tetapi tidak berhasil.  Ahmidi sempat membaca satu perkataan.  Shamir.
“Ooohhh…  Minat Shamir ya?  Aku macam mana?” tanyanya.
“Pulangkan buku aku, Midi!” marah Alina.
“Kenapa Shamir ni jugak yang kau suka?  Padahal dia tu mengalahkan perempuan senyapnya…”
“Senyap itu menenangkan dan adalah lebih bagus daripada bising yang mengganggu ketenteraman orang lain.” Jawab Alina.  “Sekarang pulangkan diari aku!”
Alina terikat dengan batas-batas pergaulannya.  Dia tidak mahu Ustazah Sairah melihatnya berebutan dengan para putera.  Baginya seorang puteri harus menjaga tata tertib agama memandangkan sifat perempuan adalah lemah lembut, pemalu dan pendiam.
Alina resah sendiri.  Dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya untuk mendapatkan semula diarinya.  Tanpa sempat dia berbuat apa-apa, Ahmidi berlari meninggalkannya beserta diarinya.  Alina terduduk dan hampir menangis.  Matilah kalau diarinya sampai ke tangan Ustazah Sairah…  Dan itu tidak sepatutnya dipertontonkan kepada orang lain…  Terutamanya Ahmidi!
Alina terbayangkan setiap patah yang ditulisnya. 
‘Kenapa aku tak dapat melupakan senyuman pertama yang Shamir tujukan pada aku tempoh hari?’
‘Aku ni sudah jatuh cinta ke dengan dia?  Tapi perasaan ini tidak berdosa, kan?  Tapi aku ni perempuan.  Adalah tak patut aku berperasaan macam ni…’
‘Aku hampir jatuh ke dalam longkang yang tidak bertutup tadi.  Tiba-tiba aku tanganku ditarik seseorang dengan kasar.  Memang sakit.  Tapi adalah lebih baik daripada kakiku terseliuh.  Shamirlah heroku.  Bila aku melihat ke dalam anak matanya, dia segera menyedari kami sedang bersentuhan.  Terus dia melpeskan pegangannya dan berlalu pergi tanpa aku sempat mengucapkan terima kasih.’
‘Pertama kali aku melangkah ke Nur Kasih ini, aku disambut Shamir.  Itulah senyuman pertamanya kepadaku yang tak dapat kulupakan sampai sekarang.’
‘Hatiku yang hancur terubat dengan kehadiran Shamir di Nur Kasih ini.  Dia membantuku tanpa dia sedari.’
Air mata Alina bergenang dan akhirnya tumpah.  Dia menangis teresak-esak.  Tiba-tiba dia terasa akan kehadiran seseorang.  Dia mendongakkan wajahnya.  Ahmidi.
“Kenapa kau nangis?”
“Dah tau nak tanya pula…” katanya perlahan tetapi cukup jelas didengari Ahmidi.  Ahmidi kelihatan serba salah.
“Aku…  Aku minta maaf…  Aku bukannya apa…  Cuma aku suka mengusik kau.  Aku betul-betul minta maaf…  Aku tak sangka air mata kau pula yang akan mengalir.” Ucap Ahmidi.  Memang…  Walaupun Ahmidi yang paling nakal di sini, tetapi dia sering datang meminta maaf.
“Aku tahu, kau suka kat Shamir.  Aku selalu nampak kau perhatikan dia.  Terutamanya masa gotong-royong menceriakan Nur Kasih ni minggu lepas.  Aku pun mula lah nak usik kau.  Lagipun…  Kau tak tahu perangai aku ni.  Aku dulu…  bolehlah tahan liar jugak…  Jadi bila dah masuk sini, tak kan aku nak jadi pak lebai kot…” Ahmidi mula meluahkan perasaannya.
“Apa salahnya?” Alina mula mengesat air matanya dan Ahmidi mengambil tempat di sebelahnya dengan jarak-jarak tertentu.
Ala  Kalau macam tu, hidup ni tak seronoklah…  Sebab tu aku kacau kau dan jugak orang lain tak terkecuali.”
“Dah lah, aku malas nak layan kerenah kau yang tak sudah nak merungut tu!” Alina menyambar diarinya di tangan Ahmidi dengan kasar dan meninggalkannya.  Ahmidi mengeluh.  Apa pasallah semua perempuan kat sini tak ada yang lembut sikit?  Semuanya susah nak dekat!

***

“Assalamualaikum, Alina?  Mana Alina?” Tanya Ustazah Sairah apabila masuk ke dalam asrama puteri.
“Walaikumsalam, ada apa Ustazah?” Alina yang baru malangkah masuk ke asrama puteri tertanya-tanya apabila namanya dipanggil.
“Aaa…  Sini awak rupanya.  Ada seseorang nak berjumpa dengan awak.”
“Si..  siapa, Ustazah?” Alina mula terasa debarannya.  Abang ke?
“Awak pergi la tengok sendiri, Alina.”
“Saya tahu, mesti abang saya kan, Ustazah?” Ustazah Sairah hanya tersenyum dan berlalu pergi.  Alina menunduk memandang lantai.  Dia kemudian memandang rakan seasramanya dan terus ke bilik tetamu.  Ya, memang abangnya.  Bulu roma Alina tiba-tiba meremang.  Dia berhenti sebaik sahaja abangnya bangun dari duduknya.
“Ina…  Abang datang nak ambil Ina…  Abang nak tebus kesalahan abang…” Zaman mendekati Alina dan mencapai tangan Alina.  Segera Alina mengundur dua tiga tapak ke belakang sebaik sahaja tangan Zaman menyentuh jemarinya.  Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.  Air matanya mula menitis.
“Abang jangan…  Abang, jangan…  Ina bahagia di sini.  Ini tempat Ina yang sepatutnya…  Tempat Ina bukan bersama abang…”
“Tapi Ina adik abang…”
“Tapi tak ada pun abang dalam dunia ni yang sanggup jual adiknya sendiri kecuali abang…” Alina terus meninggalkan Zaman dan tanpa sedar akan kehadiran Shamir di muka pintu, mereka berlanggaran.  Kepala Alina terhentak ke dinding.
“Woi, kau buta ke?!  Kau tak nampak ke adik aku ni?” Tiba-tiba Zaman melenting dan menuduh Shamir.  Shamir tidak menghiraukan Zaman dan membantu Alina manakala Hazeem memanggil Ustazah Sairah.
“Alina, Alina…”
“Argh…  Sakit…”
“Awak berdarah ni…  Kita ke bilik rawatan sekarang.” Shamir memegang kedua bahu Alina dan memapahnya ke bilik rawatan.
“Hei, kau siapa nak pegang adik aku, hah?!” marah Zaman lalu menolak tubuh Shamir jauh daripada Alina.  Pegangan Shamir terlepas dan Alina yang tidak dapat mengawal diri terus rebah dan pengsan.  Zaman segera mengangkat Alina manakala Shamir hanya memerhati.  Dia mengikut dari belakang dan menunjukkan arah ke bilik rawatan.
“Apa yang dah berlaku, Shamir?”
“Alina…”
“Dia ni lah!  Ada mata tak nak pakai, sesedap hati nak langgar adik orang!  Orang buta pun tak langgar orang lain!” marah Zaman tanpa sempat Shamir berkata-kata.
“Hei, Ustazah tak tanya kau lah!” Hazeem menyampuk.  Bengangnya dia tidak terkata jika berjumpa dengan orang yang biadap seperti ini.
“Kau jangan nak masuk campur urusan aku!”
“Sudah lah…  Kalau kau sayang kat Alina, senyaplah…  Macam mana dia nak sembuh kalau kita asyik memekak aja?!” Shamir menenangkan keadaan.
Zaman terdiam.  Di dalam hati ingin saja dia memberi satu pengajaran pada Shamir.  Tetapi dia harus menghormati peraturan Nur Kasih ini.  Jika tidak, dia tidak akan dibenarkan lagi melawat Alina yang entah bila mahu mengikutnya pulang.
Ustazah, Hazeem dan Shamir keluar dari bilik Alina membiarkan Zaman bersamanya.  Ustazah mengulangi soalannya tadi.
“Alina terburu-buru nak keluar dari bilik tetamu.  Kami yang kebetulan berada di muka pintu, terlanggar Alina.  Dan kepala Alina terhentak pada bucu dinding…  Mula-mula saya sangka dia tak apa-apa, tapi tudungnya semakin merah.  Jadi saya suruh Hazeem panggilkan Ustazah.”
“Hm…  Tak apalah.  Kejadian yang tidak disengajakan.  Tak lama lagi bangunlah Alina tu.  Sudahlah, pergi buat aktiviti yang sepatutnya dijalankan hari ni, Shamir.  Hazeem, awak tolong tengok-tengokkan Alina.”
“Baik Ustazah.” Jawab Hazeem dan Shamir serentak dan mereka berpisah ke haluan masing-masing. 
Alina membuka matanya.  Dia terasa jemari halusnya diusap.  Dia terus menarik tangannya.  Setiap sentuhan yang diterimanya membuatkannya trauma.  Melainkan jika bersama Shamir kerana dia tahu Shamir hanya akan berbuat demikian ketika darurat dan terpaksa dan Alina sangat mempercayai Shamir.
Abang…  Pergilah…  Jangan ganggu Ina lagi…  Ina tak nak tengok abang!”
“Ina…  Abang saying kat Ina…  Abang rindu kat Ina…”
“Abang rindu kat Ina atau abang rindukan tubuh Ina?” Tanya Alina geram.
“Ina…”
Alina ternampak kelibat Hazeem di luar.
“Hazeem!!”
Hazzem segera menoleh dan masuk ke dalam bilik Alina.
“Hazeem, saya tak nak dia ada kat sini…  Tolonglah…  Abang, pergi…  Dan jangan kembali…” Alina memandang ke arah bertentangan dan sekali lagi air matanya tumpah.
Hazeem mengangguk.  Dan bagaikan body guard Alina, dia menarik lengan Zaman.  Zaman melepaskan tangannya dengan kasar.
“Aku tahulah jalan keluar!  Tak payah nak tunjuk!  Ina!  Abang tak akan berhenti datang ke sini selagi abang masih pulang dengan tangan kosong!”
“Alina, awak ok?” Tanya Hazeem setelah Zaman pergi.
“Saya ok…  Awak boleh pergi Hazeem.  Terima kasih…  Dan ucapkan juga pada Shamir terima kasih dan minta maaf.”
“Hm…  Assalamualaikum.”
“Walaikumsalam…” jawab Alina perlahan.
“Happy birthday, Ina…” ucap Hasful.  Dia menarik Alina ke dakapannya dan mencium pipi Alina.  Walaupun tidak selesa dengan perlakuannya, Alina tetap membiarkannya takut Hasful tersinggung.
“Ina!  Our birthday girl…” Risda datang memeluk Alina.  Lama.
“Kenapa awak biarkan Has cium awak?” bisik Risda.  Alina senyap.  “Anyway, happy birthday, sayang.” Satu kucupan lagi singgah di pipinya.  Inilah teman rapat Zaman.  Juga teman-teman Alina.  Teman tidur.
“Ina…” Zaman mendapatkannya.  “Ina, malam ni, walaupun birthday Ina, tapi Ina kena kerja sikit.  Sikit je…  Tak lama pun…  Malam ni special untuk Ina.  Lagipun Risda nak bayar lebih dari biasa.  Ok?  Nanti kita pesta lah…”
‘Hm…  Special untuk abang dan Risda…  Tapi bukan untuk Ina…  Ina tak nak semua ni…  Kenapa abang kejam sangat?  Sampai sanggup jual Ina pada kawan-kawan abang?  Meraikan ulangtahun Ina dengan maksiat macam ni?  Tapi apalah dayaku untuk menghalang lelaki-lelaki ni.  Aku hanya seorang perempuan yang lemah jika dibandingkan dengan lelaki yang 3x lebih kuat.’
Malam itu, Alina bergelumang dosa sekali lagi.  Risda seakan tidak mengerti hatinya walaupun Risda mengatakan dia menyanyanginya.  Namun mungkin juga hanya menyanyangi tubuhku.  Alina pasrah.  Mungkin sudah ini nasibku.  Namun, mujur abang tidak membenarkan gambarku diambil.  Sudahlah maruahku diperjualkan sedemikian, inikan pula gambar yang boleh didapati secara percuma.  Betapa hinanya aku dikala itu kurasakan…
Pagi keesokannya, Alina terjaga.  Setiap malam, dia pasti akan dipeluk seseorang yang tidak dikenalinya.  Dan kali ini dia terjaga dalam dakapan Risda.  Kadangkala terbit di hatinya untuk merelakan dan melayan turutan nafsunya.  Tetapi dia masih beragama.  Dia cuba menolak keinginan setiap lelaki, tetapi yang dia dapat hanyalah tamparan dan sepak terajang.  Tidak cukup dengan itu, aku dipukul pula oleh abang kerana menerima komen daripada lelaki-lelaki itu.
Suatu hari, tiba-tiba seorang lelaki kaya yang baik hati menawarkan seribu ringgit untuk 3 malam, bersamanya di satu hotel besar.  Abang apalagi, terus sahaja bersetuju.  Aku hanya mampu menggigit jari.  Tetapi rupanya dia ingin menyelamatkanku.  Dia membawa aku ke Nur Kasih.  Dia adalah anak Ustazah Sairah yang membantu Ustazah untuk menambah ahli Nur Kasih.
Tetapi malangnya, kawan-kawan abang mengekoriku.  Abang datang menyerang Nur Kasih.  Mujur ada suami Ustazah Sairah yang tidak membenarkan mereka membawa aku pulang memandangkan aku sudah menandatangani surat bahawa aku akan keluar dari sini dengan keinginanku dengan syarat cukup nilai keagamaan yang boleh aku terapkan untuk menjalani kehidupanku.
“Assalamualaikum?”
“Walaikumsalam…” Alina menjawab perlahan.  Dia masih kaku tidak beranjak dari posisinya.
“Awak macam mana?  Makin baik?”
Alina mula memandang ke arah empunya suara.  Shamir rupanya!
“Alhamdulillah… Ok…  Em…  Terima kasih sebab dah tolong saya.  Dan saya minta maaf sebab…  terburu-buru dan terlanggar awak dan juga dah menyusahkan awak.” Kata Alina.  Dia sedikit gementar berhadapan dengan Shamir.  Shamir hanya tersenyum.  Alina hampir lupa dunia apabila melihat ukiran senyuman itu.
“Lepas awak keluar dari Nur Kasih, apa rancangan awak?” Tanya Alina.
“Entahlah…  Sambung belajar?”
“Tak mahu kerja?” Shamir menggeleng.
“Saya dah tak larat nak sambung belajar.  Sangat membosankan!”
“Ya, sangat membosankan tetapi hasilnya sangat menyenangkan hidup.” Ringkas sahaja jawapan Shamir tetapi cukup untuk membuatkan Alina terdiam memikirkan kata-kata itu.
Buat seketika, bilik tu sunyi sepi.
“Awak nak makan?  Sekarang waktu lunch…”
“Hm…  Boleh juga.”
“Saya ke kafe dulu, nanti saya datang semula.”
Alina memerhatikan Shamir berlalu pergi.  Dia tersenyum.  Shamir…  Kau memangs eorang yang baik…
“Amboi…  Lain macam betul cara kau tengok dia?”
Alina tersipu apabila dia tidak sedar akan kehadiran Ahimidi yang memerhatikannya.
“Teruk ke tu?” Tanya Ahmidi sambil menunjuk ke arah kepala Alina.
“Tak lah teruk sangat…  Kot?”
“Kot?” Ahmidi tersenyum. 
“Hm…  Kenapa perempuan suka tulis diari?”
“Kenapa lelaki tak suka tulis diari?”
“Eh, orang tanya dia, dia tanya orang balik…” Alina ketawa.
“Mungkin sebab orang perempuan suka meluahkan perasaan.  Tak macam lelaki, lebih suka memendam rasa.”
Ala, kau tak tahu lelaki…”
“Kau pun tak tahu perempuan…”
Ahmidi ketawa.
“Boleh tahan loyar buruk kau ni…” Ahmidi senang dengan sikap Alina yang serba sederhana.  Dia ni jinak-jinak merpati betul lah!!  Ini yang best nak usha ni…
“Sebenarnya kenapa kau benci sangat kat abang kau tu?”
“……”
“Aku cakap dengan katil ke??”
“Aku tak nak cakap pasal tu.”
“Kata orang perempuan suka luahkan perasaan?”
“But not this one.  It’s too painful…”

***

“Shamir…  Aku balik dulu tau…” kata Hazeem.  Shamir mengangguk.  Hazeem tidak tinggal di Nur Kasih memandangkan ibu bapanya masih ada.  Shamir tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa Hazeem.  Cukuplah dia dijaga dengan baik dari dia berumur 11 tahun hingga ke Tingkatan 3.  Sejak dia diperkenalkan di Nur Kasih, Hazeem kerap juga melawatnya. 
Pada awalnya Nur Kasih dijadikan tempat perlindungan bagi kanak-kanak.  Tetapi lama-kelamaan, Ustazah Sairah mengambil keputusan untuk menjadikan tempat keagamaan bagi sesiapa yang ingin kembali ke pangkal jalan dan juga untuk membantu mereka-mereka yang dianiaya.  Salah seorangnya, Alina.  Dia adalah orang pertama yang ditarik masuk.
Tetapi mungkin Alina sendiri tidak mengetahuinya kerana ada juga anak yatim piatu yang dibesarkan di Nur Kasih dan masih berada di sini bagi membantu Ustazah Sairah, termasuk Shamir.
Shamir memerhatikan Alina dari jauh.  Dah sembuh dia…  Dah boleh aktif semula, rancak saja dia melompat ke sana sini memukul bola.  Alina…  Kesian gadis malang tu.  Ada abang tetapi langsung tidak berguna.  Tak sangka ada juga yang sanggup menganiaya darah daging sendiri.  Ya, serupa dengan papa!

***

5 tahun kemudian…
“Shamir!!  Kenapa awak buat macam ni??!!  Awak dah gila ke?  Mana perginya semua ilmu yang telah awak pelajari kat Nur Kasih?!  Shamir!!”
“Aaarghhh!!!” Shamir menjerit melepaskan segala di hati.  Dia melepaskan senjatanya.  Dia melutut meminta keampunan dari-Nya yang sudah pastinya tidak akan diterima.  Alina menangis melihat kejadian yang berlaku di hadapannya.  Inikah Shamir yang aku kenali??
Tubuh Alina menggigil.  Tangan Shamir penuh dengan darah pekat.  Jalan sunyi itu mula mengalir darah Datuk Shakur.  Dia mengundur beberapa tapak ke belakang.
“Alina…  Jangan…  Jangan tinggalkan saya…” rayu Shamir.
Langkah Alina tidak berhenti malah semakin pantas.  Dia terus memusingkan badannya dan berlari sepantas mungkin.  Dia menangis teresak-esak.  Apa yang sedang berlaku?  Kenapa Shamir melakukan semua itu?  Shamir seorang yang berpegang pada agama.  Tetapi malam ini, kemana perginya semua itu?  Sia-siakah segala ilmu yang diberikan Ustazah Sairah?
“Alina!!!”

No comments: