Kita selalu dengki pada...
Orang kaya yang hidup dalam
serba kemewahan dan penuh kemegahan...
Tapi tidak pula dengki pada...
Orang miskin yang hidup dalam serba daif
tetapi kaya dengan amalannya.
Kita selalu dengki pada...
Pasangan suami isteri yang secocok...
Tapi tidak pula dengki pada...
Pasangan suami isteri yang mana
si suami warak dan si isteri pula tawaduk.
Kita selalu dengki pada
Individu yang memiliki kemerduan suara
sehingga sering menjuarai musaqabah...
Tapi tidak pula dengki pada...
Individu yang sekadar khatam Al-Quran
tapi melaksanakan isi panduannya.
Kita selalu dengki pada...
Individu yang selalu saja keluar masuk
dan bermalam di hotel bertaraf 5 bintang...
Tapi tidak pula dengki pada...
Individu yang sering keluar masuk
dan bermalam di surau mahupun masjid besar.
Kita selalu dengki pada...
Anak orang kaya dan ternama
yang mewah bergaya kerana harta bapanya...
Tapi tidak pula dengki pada...
Anak orang miskin yang berjaya
kerana ilmu bapanya...
Kita selalu saja dengki pada...
Wanita-wanita yang berpenampilan anggun
dengan wajah moden dan fesyen terkini...
Tapi tidak pula iri hati pada...
Wanita-wanita yang menyembunyikan penampilan diri
yang anggun disebalik pakaian demi menutup auratnya...
SOME THING TO SAY...
Just a little part of my life. My lecturer said, when you write, without realising it, you will tell your own stories. Well... he is saying the truth because I am writing from my experience and also my desire and dreams. :) So it is a little part of my life. Im showing it with words in a plot.
Friday, March 26, 2010
Saturday, March 6, 2010
Anastasia - Cerpen
“Ayah! Lihat!! Cantik kan bunga ini? Baru sahaja sebentar tadi Anna jumpa di kawasan luar istana kita, ayah…” cerita Anna dengan gembiranya.Anna menunjukkan bunga yang dipetiknya kepada ayahandanya. Ayahnya sedikit pun tidak mengendahkan Anna. Anna mula memuncungkan bibirnya.
“Kak Nani… Tengok ayah ni… Anna sedang bercakap tetapi ayah hanya buat tidak endah sahaja!” marah Anna. Kak Nani hanya menunduk hormat kepada Raja Restly.
“Kenapa awak bawa Puteri Anna keluar dari kawasan istana?!” marah Raja Restly tiba-tiba. Nani terkejut . Jarang benar tuan rajanya itu murka sebegitu. Raja Restly tersedar, lalu dia mengeluh berat.
“Selepas ini… Tolong… Jangan bawa Tuan Puteri dan Tuan Putera beta keluar dari kawasan istana. Di luar sana terlalu berbahaya. Kamu sebagai ketua dayang kepada Putera-Puteri saya, tolong maklumkan kepada anak-anak buah kamu…” kata Raja Restly memberi arahan.
“Baik, tuanku.” Kata Nani lalu keluar membawa Anna pergi. Anna memandang ayahnya lalu menundukkan kepala dan membuntuti Kak Nani keluar dari bilik istirehat diraja.
“Kak Nani…”
“Ya, Anna?”
“Ayah sudah tidak membenarkan Anna keluar bermain dari luar kawasan istanakah?” Tanya Anna. Kak Nani hanya tersenyum lalu mengangguk.
“Ah! Anna tidak mahu! Anna tetap mahu bermain di luar! Anna mahu bertemu Putera Firsyi… Petang ini kami berjanji. Lagipun, Kak Nani boleh lah bertemu Abang Zaurok… Dia amat meminati kakak, bukan?” kata Anna. Nani berfikir sejenak. Mahu saja dia menurut kemahuan Puteri Anna tetapi apabila memikirkan hukuman yang bakal diterimanya jika melanggar perintah Tuan Raja, dia membantah.
“Tidak boleh, Anna… Lagipun ayahanda Anna dan juga ayahanda Putera Firsyi adalah musuh…” kata Nani mengingatkan Anna.
“Ah… Tidak… Mereka bukan bermusuhan, Kak Nani… Mereka Cuma mengalami salah faham tentang perwarisan harta… Lagipun Putera Firsyi itu adalah sepupu Anna…”
“Tidak boleh, Anna!” Kak Nani bertegas. Anna akur. Anna berjalan meninggalkan Kak Nani menuju ke kamarnya.
***
Raja Restly resah, gementar dan gelisah. Fikirannya kusut dan berserabut. Permaisuri Elly memandang suaminya yang resah gelisah itu lalu mendapatkannya.
“Ada apa abang resah dan gelisah sebegini?”
“Abang takut, Elly… Takut… Raja Russiva sedang merancang sesuatu. Abang takut Puteri Anna masuk ke dalam perangkap Russiva!”
“Perangkap apa?”
“Perangkap cinta. Anna sudah remaja. Anna juga seperti anak gadis yang lain… mahu diberi perhatian yang lebih daripada seseorang.Sekarang, Nani memberitahu abang bahawa Anna telah jatuh cinta pada Putera Firsyi… Abang tidak mahu mereka berkahwin kerana segala kuasa dan tanah milik kita akan jatuh ke tangan Russiva. Arwah Tuanku, ayah abang mewasiatkan supaya segala kuasa miliknya harus diberikan kepada Anna, walaupun Anna seorang perempuan.”
“Tetapi… Bukankah itu tidak adil buat Anna? Anna layak jatuh cinta… Janganlah abang samakan Anna seperti Puteri Tatiana dan Puteri Kairani…”
“Abang terpaksa, Elly… Demi keselamatan rakyat jelata. Abang tidak boleh memntingkan diri sendiri…”
“Hm… Kalau begitu keputusan abang, Elly hanya menurut… Sudah lewat malam. Baik kita tidur…”
* * *
“Putera Firsyi… Kamu tahu tidak bahawa Anna punya tanda lahir yang berbentuk bintang…”
“Oh ya? Boleh Firsyi lihat?” Tanya Firsyi. Anna menyelak baju lengannya sehingga ke bahu.
“Wah… Memang berbentuk bintang… Sama seperti bintang di langit…” kata Firsyi. “Cantik…”
Anna tersenyum. Dia merapatkan dirinya dengan Firsyi lalu berbaring disebelahnya berbumbungkan awan gelap yang diterangi bintang-bintang dan bulan purnama dan bertilamkan rumput yang menghijau.
“Puteri Anna…”
“Hm?”
“Sebenarnya ayahanda Firsyi mahu Puteri Anna jatuh cinta pada Firsyi supaya ayahanda dapat memiliki kuasa ayahanda Puteri Anna…” kata Firsyi berterus terang. Anna terkejut dan bangkit dari pembaringannya dan duduk memandang Firsyi.
“Jadi Putera Firsyi hanya mempermainkan perasaan Anna??Sungguh tidak dipercayai!! Putera Firsyi menipu Anna!! Putera Firsyi sendiri tahu bukan Anna amat mencintai Putera Firsyi sejak kita kecil?!” marah Anna.
“Puteri Anna… Puteri Anna dengar dahulu apa yang Firsyi mahu katakana… Firsyi bukan seperti ayahanda Firsyi…Firsyi ikhlas mencintai Puteri Anna seadanya… Puteri Anna janganlah murka terhadap Firsyi…Firsyi juga amat menyintai Puteri Anna…” kata Firsyi. Anna memandang Firsyi. Firsyi menarik Anna ke dalam dakapannya.
“Putera Firsyi tidak berbohong bukan? Tolong katakan bahawa Putera Firsyi tidak berbohong…” kata Anna. Firsyi mengusap rambut Anna.
“Tidak… Firsyi tidak berbohong, Puteri Anna…”
“Puteri Anna… Firsyi berjanji… Firsyi berjanji bahawa Puteri Anastasia Nikolaevna Romanov akan menjadi permaisuri Putera Firsyi Fyodorovna Romanov… Walaupun kita ini sepupu… Itu tetap tidak menghalang kita, Puteri Anna…” kata Firsyi. Anna mengeratkan lagi pelukannya.
***
“Tidak!! Tidak!! Abang tidak akan benarkan!!” marah Raja Restly.Wajahnya merah menahan amarah. Hatinya membara. Raja Russiva tidak berpuas hati.
“Cubalah abang fakir! Jika Puteri Anastasia berkahwin dengan Putera Firsyi, harta akan jatuh ke tangan Putera Firsyi ataupun anak mereka dan bukan kepada Saya!!” marah raja Russiva tidak puas hati. Dia tetap mahu Putera Firsyi berkahwin dengan Puteri Anastasia.
Permaisuri Elly berfikir sejenak. Benar juga kata-kata adik iparnya itu. Raja Russiva tidak akan dapat memiliki harta tersebut tetapi Putera Firsyi. Permaisuri Elly yakin, Putera Firsyi tidak seperti Raja Russive yang tamak akan harta.
“Abang… Elly rasa kita tidak sepatutnya menghalang mereka.Mana mungkin harta kita akan jatuh ke tangan Raja Russiva. Lagipun Elly kenal sekali dengan sikap dan perangai anak kita, Anna… Anna mempunyai pendirian yang tetap dan berani menegakkan keadilan walaupun kadangkala sikapnya itu langsung tidak seperti seorang puteri.Dan Anna berhak berkahwin dengan putera pilihannya. Itupun dikira sudah cukup baik. Bagaimana pula kalau Anna jatuh cinta dengan pemuda biasa yang tiada darah diraja?” kata Permaisuri Elly berbisik pada telinga Raja Restly.
Raja Restly mengeluh berat. Raja Russiva tersenyum di dalam hati.Akhirnya Raja Restly bersetuju dan perkahwinan Anna dengan Firsyi pun dibincangkan pada ketika itu juga.
* * *
Ramai rakyat jelata yang menghadiri perkahwinan Puteri Anastasia dengan Putera Firsyi. Apabila diumumkan mereka sah sebagai suami dan isteri, maka dua daerah bercantum menjadi satu kuasa besar. Anna tersenyum gembira. Janji Firsyi telah pun dikotakan. Kini tiada lagi Kak Nani yang akan menemaninya sepanjang masa.
“Putera Firsyi!”
“Ya, ayah?”
“Ayah gembira kamu telah menunaikan permintaan ayah agar mengahwini Puteri Anastasia. Selepas ini segala harta Raja Restly bakal jatuh ke tangan kita.”
“Ayah!! Firsyi tidak berniat utuk memiliki harta Puteri Anastasi!Firsyi mengahwininya kerana Firsyi menyintainya, ayah… Dan Firsyi tidak kisah jika Puteri Anastasia tidak memberikan hartanya kepada Firsyi. Firsyi tidak mahu, kerana harta, cinta kami hancur!”
“Putera Firsyi!! Kamu jangan murka terhadap ayahanda kamu!!Kamu harus memujuk Puteri Anastasia suapaya menyerahkan hartanya kepada kamu. Dan kamu harus memberikannya pula kepada ayahanda!Ayah mahu meluaskan kuasa taklukan ayah dan melenyapkan kuasa pemerintahan Raja Restly supaya ayah dapat memerintah daerahnya memandangkan kamu akan mengusai Dinasti Romanov yang merangkumi seluruh Negara Rusia ini… Tidakkah kamu berasa hebat jika memiliki sebuah kuasa yang sangat besar?”
“Firsyi malas mahu membicarakan tentang hal ini. Firsyi tidak berminat!” kata Firsyi lalu meninggalkan Raja Russiva sendirian di situ.
***
“Kak Tati tidak sangka rupanya dalam senyap Anna bercinta dengan Putera Firsyi…” kata Tatiana, kakak sulung Anna. Tetapi di dalam hati, Tatiana mencebik. Ayahanda memang tidak adil. Aku mahu berkahwin dengan abang Putera Firsyi yang kacak dan bergaya itu ayahanda tidak benarkan… Tetapi lain pula dnegan Anna… Mengapa semua orang sukakan Anna???
“Betul tu… Kak Rani sangka Anna dengan Putera Firsyi tidak rapat. Kalian tidak pernah bercakap dan bertegur sapa sesame sendiri.Kalian bagaikan orang luar…” kata Kairani pula kakak kedua Anna. Anna tersenyum.
“Oh… Jadi selama ini Kak Tati dan Kak Rani tidak tahulah tentang kewujudan Putera Firsyi dalam hati Anna? Kenapa Anna tidak memaklumkannya kepada mereka?” Tanya Maria, kakak ketiga Anna.
“Ya lah Kak Anna… Kenapa Kak Anna tidak memaklumkan berita gembira ini daripada awal? Pasti Kak Nani juga tahu tentang putera hati kakak, bukan?” Tanya Alexei, adik lelaki bongsu Anna.
“Ya… Anna minta maaf kerana tidak memberitahukan hal ini kepada kalian semua… Anna minta maaf ya?”
“Hm… Walau apapun kami gembira kerana Anna telah berjumpa dengan putera hati Anna… Kami ini bilalah lagi, bukan?” kata Kairani. Anna tersenyum.
* * *
“Em… Putera Firsyi…”
“Hm?”
“Anna rasa… tak sesuailah jika Anna yang memegang harta arwah datuk Anna… Anna rasa Putera Firsyi lebih layak memegang seluruh harta ini…” kata Anna. Firsyi terkejut. Dia memandang Anna.
“Tak kan semua sekali Anna?” Tanya Firsyi. Anna mengangguk.
“Tidak… Tidak boleh… Firsyi akan terima tetapi tidak semua…Andaikata apa-apa berlaku pada Firsyi, semua harta akan jatuh ke tangan ayahanda Raja Russiva jika kita belum mempunyai cahaya mata lagi…Sekurang-kurangnya tidaklah semuaharta Anna jatuh ke tangan ayahanda Raja Russiva…” kata Firsyi. Anna mengangguk mengerti.
“Ramai betul rakyat jelata yang hadir sebentar tadi… Tidak seperti majlis perkahwinan abang Firsyi sebelum ini…” kata Firsyi menukar topik perbualan mereka. Anna tersenyum.
“Anna sememangnya terkenal dalam kalangan rakyat… Semasa Anna kecil, Anna selalu mengikut Kak Nani ke kampungnya dan bermain dengan anak-anak di sana . Sehinggakan kotor gaun yang Anna pakai waktu itu…” cerita Anna lalu ketawa apabila mengingati kisah lampaunya yang nakal dan aktif. Firsyi hairan.
“Ayahanda Raja Restly membenarkan Anna turun ke kota ?Benarkah?” Tanya Firsyi. Anna mengangguk.
“Ayahanda Raja Restly tidak mahu Anna dan kakak-kakak Anna kekok apabila berjumpa dengan rakyat jadi ayah membenarkan kami bermain bersama mereka. Tetapi kakak-kakak Anna tidak suka kerana mereka comot dan pengotor… Tetapi Anna dan Kak Maria tidak kisah….Anna lebih suka comot dan kotor…” kata Anna lalu ketawa. Firsyi tersenyum.
“Pasti seronok bermain bersama mereka.” Kata Firsyi seakan cemburu kerana dia tidak pernah bermain dan bergaul dengan rakyat kelata kerana dilarang ayahandanya.
“Hm… Memang seronok… Tetapi kini ayahanda melarang Anna keluar dari kawasan istana kerana katanya merbahaya…”
“Ya… Memang benar… Kerana Anna pun sudah remaja… Apatah lagi Anna seorang perempuan. Kerana kebanyakan bahaya sentiasa mencari perempuan sebagai mangsa kerana perempuan adalah insan yang lemah. Oleh itu lelaki dicipta untuk melindungi perempuan…”
***
“Ayah… Mengapa ayahanda membenarkan Anna berkahwin dengan Putera Firsyi??” Tanya Tatiana.
“Benar… Lagipun, Anna masih terlalu muda untuk berkahwin dan terlalu muda untuk memegang wasiat arwar datuk, ayah…” kata Kairani pula.
“Kakak sekalian… Janganlah mendesak ayahanda… Maria pasti ayahanda punya sebab tersendiri… Bukankah begitu, ayah?” Tanya Maria
“Tetapi, Maria… Bukankah keluarga Fyodorovna ingin memiliki harta dan tanah milik keluarga Nikolaevna? Dan hanya kerana cinta semua itu boleh bertukar tangan… Bukankah begitu? Ayahanda… Katakanlah sesuatu…” desak Tatiana.
“Itu memang benar Tatiana… Tetapi ayah yakin… Anna tidak akan menyerahkan harta yang telah diwasiatkan kepadanya kepada orang lain kecuali warisnya sahaja.” Kata Raja Restly dengan yakin.
“Ayah! Cinta itu besar kuasanya! Cinta boleh merosakkan diri, maruah, membahagiakan dan juga menderitakan… Ayah sendiri pernah bercinta bukan? Malah ayah juga sanggup membelakangi keluarga demi ibu Elly…” kata Kairani pula.
“Kak Rani!!” marah Maria. Baginya, Kairani sudah melampau. Raja Restly bangun dan meninggalkan mereka.
“Maria! Mengapa sering menyebelahi Anna? Mengapa semua orang sayang Anna? Lagipun Anna itu tidak cantik dan comot!” balas Tatiana.
“Mungkin Anna tidak secantik kalian tetapi hatinya murni. Mungkin kalian mengatakan Anna comot tetapi bagi rakyat jelata Anna sangat peramah dan tidak mengira status kerana sudi berkotoran bersama mereka dan sudi bergaul dan merasa kesusahaan yang dialami mereka.
“Huh! Apa yang seronok jika berkawan dengan orang miskin. Mujur saja Putera Firsyi itu seorang kerabat diraja. Sekurang-kurangnya ada darah diraja yang mengalir pada tubuhnya. Jika diharapkan wajahnya, tidak sekacak mana…” kata Kairani pula. Maria tersenyum.
“Apa gunanya jika seseorang itu kacak dan cantik tetapi hatinya sentiasa penuh dengan hasad dengki, iri hati dan tamak? Walaupun seseorang itu hodoh, tetapi jika dia tidak memiliki sifat negatif, dia pasti akan dipandang cantik. Itu pun kalian harus bersyukur kerana walaupun ada sikap negatif itu, kecantikan masih juga terserlah…” kata Maria lalu meninggalkan Tatiana dan Kairani. Mereka terdiam, terasa seperti disindir Maria.
“Rani… Tidakkah kamu pelik? Datuk memilih Anna sebagai pewaris wasiatnya hanya kerana tanda lahir bintang yang dimilikinya…” kata Tatiana.
“Pelik juga… tetapi Rani peduli apa?” kata Kairani. Tatiana bengang dengan kata-kata yang diucapkan Kairani lalu membaling penutup botol ke arah Kairani. Kairani ketawa lalu berlari keluar.
***
“Putera Firsyi!!”
“Ya?”
“Mengapa harta yang kamu miliki sangat sedikit?! Mengapa kamu tidak meminta kesemua harta Puteri Anastasia?! Ini baru suku sahaja daripada keseluruhan, kamu tahu??” marah Raja Russiva. Firsyi mengeluh.Mengapalah setiap butir kata ayahnya itu seringkali berkaitan dengan harta Puteri kesayangannya itu?
“Baiklah… Jikalau begitu, tidak perlulah rasanya Firsyi menyerahkan harta ini kepada ayah…” kata Firsyi.
“Hei! Siapa yang bilang ayahanda tidak mahu? Bukankah itu lebih bagus?” kata Raja Russiva.
“Selepas ini pastikan kamu meminta lagi pada Puteri Anastasia…Kali ini minta kesemuanya sekali… Mengerti?” kata Raja Russiva.
“Hm… Tapi Firsyi tahu… Puteri Anastasia tidak akan menyerahkannya…” kata Firsyi.
“Tidak mengapa… Ayahanda punya rancangan… Harta Puteri Anastasia pasti akan ayahanda miliki dengan cara begitu…”
“Cara apa? Apa rancangan ayah??”
* * *
“Anna kelihatan sungguh cantik sekali…” bisik Firsyi. Anna tersenyum. “Gaun ini sangat sesuai dengan tubuh Anna…”
“Ya… Sudah tentulah… Lihat sahaja siapa yang menjahitnya untuk Anna… Kak Nani sungguh baik hati terhadap Anna. Walaupun Anna bukan lagi anak angkatnya tetapi dia masih mengambil berat tentang Anna…” kata Anna. Firsyi memeluk Anna dari belakang dan mengucup pipinya.
“Dan sudah tentu anak yang Anna kandung kini akan lahir secantik Anna dan sekacak Firsyi…” kata Firsyi lalu mereka ketawa. “Marilah…Pasti mereka semua menanti kita…”
Pasangan Romanov itu berjalan beriringan menuruni tangga utama Istana Besar Holstein-Gottorp-Romanov,. Raja Restly dan Permaisuri Elly tersenyum melihat puteri mereka cantik bergaun hitam merah sepadan dengan Putera Firsyi. Mereka yang berpegangan tangan menuruni tangga mengingatkan kisahnya dengan Raja Restly sewaktu perkahwinan mereka dahulu yang akhirnya dipersetujui oleh ibu bapa Raja Restly.
Raja Russiva tersenyum. Tidak sabar rasanya ingin melaksanakan rancangannya. Patutlah Permaisuri Elly sungguh yakin mengizinkan mereka berkahwin… Tetapi itu tetap tidak akan menghalangnya daripada mereka berkahwin… Tetapi itu tetap tidak akan menghalangnya daripada menakluki kesemua harta Puteri Anastasia.
“Tuanku, bilik tersebut telah pun tersedia. Hanya tinggal menunggu mangsa sahaja, tuanku…” maklum pengawal istana.
“Hm… Bagus… Arahkan mereka bersedia. Sikit masa sahaja lagi, kamu akan beta berikan habuan masing-masing…” kata Raja Russiva.
“Terima kasih tuanku. Patik minta diri…”
Selesai sahaja makan malam, Raja Restly bertanya kepada Raja Russiva tujuan dia mengajak seluruh keluarganya ke majlis makam malam itu. Raja Russiva tersenyum. Firsyi memandang ayahnya curiga. Apakah maksud ayahanda di sebalik semua ini?
“Saya punya kejutan buat kalian semua. Tetapi kita selesaikan makan malam kita terlebih dahulu.” Kata Raja Russiva dan tersenyum manis.
Setelah selesai makan malam, mereka semua diiringi ke bilik yang telah disiapkan untuk kejutan mereka. Bilik itu cantik dihias dengan reben dan belon serta pelbagai perhiasan lagi. Tatiana sangat tertarik dengan pelbagai barang kemas yang berada di dalam bekas lutsinar di sudut bilik itu. Maria terasa hairan. Tak kan Raja Russiva hanya mahu menunjuk sahaja??
Raja Russiva berbisik pada 5 orang pengawalnya supaya menghalang Putera Firsyi daripada memasuki bilik bawah tanah tersebut.Mereka meangguk mengerti. Kemudian, Raja Russiva menyuruh keluarga Nikolaevna berdiri seperti ingin mengambil gambar potret keluarga.
“Kamu boleh mulakan sekarang.” Kata Raja Russiva memberi arahan.
Pengawal-pengawal Raja Russiva mengambil senjata dari belakang tabir sebalik langsir-langsir. Mereka mula menembak bertalu-talu tanpa henti dan menembak setiap anggota keluarga Nikolaevna sehingga semuanya jatuh tidak bernyawa lagi. Bilik tersebut yang tadinya bersahut-sahutan dnegan jeritan keluarga itu menjadi sunyi sepi. Lantai bilik itu penuh dengan darah. Malam yang disangka malam yang indah, yang akan mengeratkan dan menjalinkan hubungan dua kerabat itu, rupanya telah menjadi suatu malam yang sangat tragis!
Putera Firsyi seakan mendengar jeritan daripada bilik tersebut lalu terus menuju langkahnya ke sana . Pengawl-pengawal yang menjaga bilik tersebut melarang Putera Firsyi.
“Apa yang telah berlaku?? Mengapa mereka menjerit ketakutan??”
TAMAT
TAMAT
Subscribe to:
Posts (Atom)