SOME THING TO SAY...



Just a little part of my life. My lecturer said, when you write, without realising it, you will tell your own stories. Well... he is saying the truth because I am writing from my experience and also my desire and dreams. :) So it is a little part of my life. Im showing it with words in a plot.

Saturday, December 5, 2009

Cinta yang Hadir

“Semua pelajar diminta senyap.”


Pelajar-pelajar di tapak perhimpunan mula senyap dan menumpukan perhatian. Buku di tangan ditutup. Tetapi ada juga pelajar yang masih menulis membuat kerja rumah yang tidak disiapkan di rumah. Aku hanya tersenyum melihat gelagat kawan-kawanku yang kelam kabut menyiapkannya.


Hari ini hari Isnin dan kebiasaannya perhimpunan mereka akan diakhiri oleh ucapan panjang pengetua sekolah mereka. Seperti biasa, pengetua memang selalunya tidak disukai oleh para pelajarnya. Ada sahaja yang mengejek dan memerlinya. Badutlah, penguinlah, itiklah, dan macam-macam lagi gelaran.


Rutinku semasa perhimpunan, seperti biasa, memerhatikan jejaka idamanku juga jejaka idaman pelajar perempuan yang lain di sekolah. Huhuhu… Memang sadis betul… Aku sering memerhatikannya dari jauh melihat dia menegur pelajar yang bising. Biasalah, nama pun pengawas.


Nama dia Farhan. Sepatutnya dia menjadi ketua pengawas kerana namanya berada dalam calon ketua pengawas. Tetapi entah mengapa orang lain pula yang menjadi ketua pengawas apabila tibanya waktu pemilihan.


Hai… Entah apalah yang dimerepekkan cikgu di atas pentas itu. Naik bosan aku dibuatnya. Aku boleh dikatakan pelajar baru bagi tahun 2009. sekarang dah setengah tahun aku belajar di sekolah ini. Ramai juga kenalanku dalam tempoh sesingkat ini. Tetapi kebanyakan kenalanku lebih kepada yang senior dan junior. Yang sebaya denganku, entah mengapa mereka seakan tidak berapa senang denganku. Aku juga rapat dengan cikgu kerana aku suka menolong mereka.


Kadangkala kesian juga aku melihat Farhan. Ada segelintir pelajar yang begar sentiasa saja membuat kesalahan. Sampaikan Farhan naik bengang. Itulah kali pertama dan terakhir aku melihat dia seperti itu.


Aku ingat lagi. Wajahnya merah menahan geram. Akhirnya satu perhimpunan senyap akibat tengkingannya. Terkejut juga aku di buatnya. Kemudian terus dia menarik pelajar itu menghadap guru disiplin. Pada waktu itulah aku mula meminatinya. Aku kagum dengan keberanian dan ketegasan yang ditunjukkannya.


Selalunya pengawas pandang remeh. Kalau pelajar yang begar seperti itu selalunya tidak diambil peduli. Tetapi tidak Farhan. Dia betul-betul melakukan tugasnya. Jika aku, hah! Aku tak kan sanggup. Tak berani!


Kini tibalah ucapan pengetua sekolahku. Ramai yang mula mengeluh. Bagaimanalah agaknya jika aku ditempat pengetua. Betapa kuatnya hati beliau menahan segala cemuhan yang dilemparkan pelajar-pelajarnya. Tabah sungguh dia mengahadapi hari-harinya dengan segala nama gelaran yang telahpun melekat pada dirinya.


Hari ini mood pengetua memanglah tersangat tidak baik. Dari awal ucapannya sehinggalah perkataan terakhir, aku mendengar tengkingannya sahaja. Sakit telingaku mendengarnya. Boleh cair tahi telingaku di dalam. Sungguh!


Pengetua marah sangat kenapa? Kerana ada kes buli di sekolah. And guess what? Gejala buli ini dikesan sendiri oleh Farhan. Ya, Farhan. Sepatutnya Farhanlah yang menjadi ketua pengawas memandangkan dia lebih berkarisma dan bertanggungjawab. Malah kebanyakan kes di sekolah pun, dia yang mengesannya dan juga menyelesaikannya. Memang aku bagi tabik springlah kat Farhan.


Aku pernah secara tidak sengaja terlanggar Farhan. Ketika itu aku leka berjalan sambil menyemak nama pelajar yang harus aku panggil untuk bersemuka dengan Cik Balqis atas arahan cikgu muda itu. Mukanya kelihatan memerah. Mungkin dia sedang tension atau sedang marah. Aku meminta maaf kepadanya berkali-kali. Takut disemburnya kerana moodnya yang tidak berapa baik itu.


Tetapi reaksi yang aku terima daripadanya bercanggah sekali dengan sangkaanku. Malah dia tersenyum dengan seikhlas hatinya kepadaku dan memaafkan kecuaianku. Dia membantu aku mengambil kertas yang sudah berserakan di lantai. Dan yang paling aku jatuh hati dengannya adalah sifat ke‘gentlemen’annya itu.


“Hoi, Nia! Berangan ke? Perhimpunan dah habislah…” tegur Aisyah. Hah? Oh… Nasib baik Sya tegur aku. Kalau tidak… Tak tahulah apa yang akan terjadi.


“Thanks Sya sebab ‘kejutkan’ aku.”


“Tulah kau. Suka sangat berangan. Selalunya orang yang suka berangan ni, pandai melukis. Kalau tak melukis pun, pandai menulis. Tapi, antara dua tu, satu pun kau tak miliki. Hish… Apa nak jadi dengan kau ni…” bebel rakanku yang seorang. Aku tersenyum cuma.


Tibanya aku di kelas, aku terus merebahkan punggungku pada kerusi. Hah! Penat! Aku terus mengeluarkan botol air dari beg dan meneguknya. Tiap-tiap hari aku harus mendaki naik ke kelasku setinggi 3 tingkat. Tak maju betul sekolah ni. Entah bilalah nak pasang lif? Ni yang nak attack pengetua ni. Iye ke? Berani ke aku? Cakap beranilah…


Eh, Apa bendanya ni? Aku terus mengambil satu sampul surat di bawah mejaku. Mak oi… Wangi betul surat ni. Surat jemputan kahwin apa? Wanginya semacam aja… Tertera namaku di atas surat itu. Nasib baik dia eja nama aku dengan betul… Aku membuka surat itu. Zakuan, rakan di sebelahku belum naik lagi. Jadi aku mengambil kesempatan yang ada dengan membaca surat itu.


Aduh… jiwang semacamlah pulak isi surat ni. Eh, bukan jiwang. Tapi kuno sikit. Siap bersaudara saudari lagi! Maunya cair aku. Eh, cair ke? Tolonglah… takkan semudah tu? Tak tahu apa nak cakap tentang perasaan aku masa membaca surat tu. Rasa best pun ada, tak suka pun ada, geli pun ada! Hahaha… Nampaknya ada yang berminat dengan aku. Iye ke? Ah… tak payahlah aku percaya sangat. Entah-entah dia tak serius dan hanya main-main. Nanti kalau aku pulak yang terlebih gedik, dia kata aku perasan pulak. Ish, tak mahu aku!


“Eh, surat apa tu? Amboi, senyap-senyap kau dah berpunya rupanya… Bak sini aku nak baca. Tak elok tau simpan sorang-sorang. Aku kan kawan kau.” Kata Zakuan lalu terus menyambar surat di tanganku tanpa sempat aku berbuat apa-apa. Dia memandangku lalu tersenyum. Aku menarik wajah masam. Protes!


“Hahaha… Ei… Gelilah aku nak baca. Saudari saudara pulak. Siapa ni?” Tanya Zakuan.


“Shhh… janganlah cakap kuat-kuat…”


“Ok… Ok… Sorry… Siapa yang bagi ni?” kali ini Zakuan berbisik.


“Manalah aku tahu!”


“Tu la… Campur lagi dengan senior-senior… Kan dah ada yang minat kat kau… Aku rasa, yang minat kat kau ni, mesti form 5.” Agak Zakuan.


“Woi! Kau ni… Memang la form 5… Dah dia tulis kat situ dia kelas 5 Satria kan? Ish kau ni… Bengaps betul…”


“Eh, ada ke? Aku tak perasan pun?” Zakuan meneliti surat itu semula lalu tersengih memandangku. Aku hanya menggelengkan kepala. Zakuan, Zakuan…


“Eh, kau nak tahu satu cerita?” Tanya Salwa yang duduk di hadapanku.


“Apa bendanya?” Tanya Zakuan teruja.


“Tadikan… Aku nampak ada budak tu terlanggar pengetua… Habis dia kene semburan free air liur pengetua. Yang bestnya tu dapat free…” cerita Salwa lalu dia ketawa. Wajah Zakuan berubah serta-merta. Aku tergelak. Apabila melihat wajah Zakuan yang berubah secara mendadak, aku menekup mulutku dan berhenti ketawa.


“Wan… Aku… Aku minta maaf… Aku tak tahu pulak budak tu kau…” kataku.


“Kau ni memang lah… Spoiler betul… Kau memang sengaja nak buat aku naik angin kan? Dah elok-elok mood aku ok balik, kau spoilkan…” marah Zakuan. Salwa terus menghadap buku di atas mejanya. Dia tidak mempedulikan Zakuan yang sedang marah apalagi mahu meminta maaf.


“Wan… Aku minta maaf sangat-sangat…” ucapku. Aku tahu dia benar-benar marah.


“Nia, yang kau ni kalut semacam apa kes? Bukan aku marah kat kau pun… Tu ha yang aku marah sangat. Mulut tak reti nak jaga. Dia fikir aku tak berani pukul perempuan ke?” kata Zakuan dengan meninggikan sedikit suaranya supaya Salwa dengar.


“Wan… Dah lah tu… Biarkan je lah Si Salwa tu…”


- - - -


“Ha, itulah budaknya kot.” Tunjuk Zakuan.


“Wan… Tak payahlah tunjuk-tunjuk… Nanti dia perasanlah… Kalau kau tersalah orang macam mana? Bukannya dia bagi tau pun dia yang mana satu. Macam mana kau yakin itu dia pulak?”


Ala Aku tahu lah…”


“Tapi kan berani betul dia tu…” tambah Zakuan.


“Kenapa pulak kau cakap macam tu?”


“Ye lah… Aku kan selalu dengan kau. And aku kan dikategorikan pelajar ‘famous’ kat sekolah ni…” kata Zakuan tersengih seperti cicak kobeng.


“Banyaklah kau famous. Kalau yang baik-baik tak apa jugak. Ini tidak. Famous sebab apa? Sebab selalu menghadap pengetua.” Zakuan ketawa sebaik sahaja aku berkata sedemikian.


“Memanglah… Itu yang aku cakap budak tu berani betul… Dia tak tahu aku ni kan bertindak sebagai bodyguard kau…”


“Eh, kau jangan nak perasan lebih ea… Bodyguard konon… Dah lah, tak aman aku nak belajar.”


“Wei, rehat nanti tolong belikan aku buku nota panjang satu tau…”


“Belilah sendiri.”


“Alah… Aku malaslah nak ajak dia orang. Nanti kecoh pulak hal aku dengan minah koop tu… Dahlah aku benci giler dengan minah tu.”


“Iye lah… Aku belikan…”


“Sayang kau!”


Aku tidak mempedulikan Zakuan dan terus menumpukan perhatian kepada kerja yang diberikan oleh Pn Saminah. Batrisya disebelah Salwa menyiku Salwa.


“Kau dengar tak Zakuan kata sayang? Aku dah agak dah…”


“Dengarlah. Kau fikir aku pekak ke?” marah Salwa.


“Ish, busybody betullah minah dua kat depan ni. Itu pun nak ambil serius.” Kata Zakuan kepadaku.


Mereka berdua ni memang. Sengaja nak cari gaduh. Terutamanya dengan Zakuan. Ya, ramai yang memandang rendah pada Zakuan kerana sikapnya. Kadangkala dia ni pemalas orangnya. Kerjanya jarang disiapkan. Tetapi tetap pandai. Rupanya dia selalu mengadakan study group. Tapi sekarang sudah tiada lagi. Dan kini hanya aku dan dia sahaja. Ternyata dia sememangnya seorang yang bijak rupanya.


Disebabkan tiada yang mahu berteman denganku akhirnya aku menjadi rapat dengan Zakuan. Zakuan pun nampak ok. Sebenarnya dia baik dan pintar. Cuma dia tidak menunjukkannya pada semua orang. Dan rakan-rakan lelakinya semua dari kelas belakang yang selalu ada kes dengan guru disiplin. Dan yang menyedihkanku, Zakuan sering dikenakan mereka tanpa Zakuan sedari.


Zakuan sering menyalahkan diri sendiri atas kesilapan rakan-rakannya. Memang Zakuan pelajar bermasalah kerana dia sering dipergunakan rakan-rakannya. Itupun dia masih mahu pertahankan rakan-rakannya lagi. Sampai aku naik geram dengan sikap Zakuan.


Tapi aku akui. Zakuan memang seorang yang baik budi pekertinya. Dan lagak Zakuan memang seperti seorang bodyguard kepadaku. Pernah dulu aku diganggu beberapa orang lelaki di kawasan kediamanku yang berhampiran dengan rumah Zakuan. Dialah penyelamatku di kala itu. Sejak itu mama dan papa seringkali menyuruhku mengajaknya ke rumah.


Dan papa menyangkakan Zakuan itu teman lelakiku! Ah, papa ni… Ada-ada saja… Waktu itu, mama pula menyampuk dan mengatakan jika benar, mama tidak melarang. Zakuan kulihat diwaktu itu hanya tersengih mengurut tengkuknya dan memandang ke arahku. Mukaku memerah sebaik sahaja mama berkata sedemikian. Hei, mama, mama…


Berlainan pula dengan ibu dan ayah Zakuan. mereka tidak berapa menyukaiku. Disebabkan itulah Zakuan denganku selalu belajar bersama di rumahku. Kadangkala serba salah aku dibuatnya apabila Zakuan terpaksa berbohong pada kedua ibu bapanya apabila hendak ke rumahku.


“Aku malaslah nak buat…” rungut Zakuan. “Nia… Cam biasa?”


Aku memandang Zakuan yang sudah meletakkan kedua tangannya diatas meja bersiap untuk tidur. Aku mengangkat kedua kening. Hish, Zakuan ni!!! Sesedap dia je nak tidur! Pastu suruh aku tolong buatkan kerja dia.


“Kali ni aku tak nak!”


“Hah? Kenapa pulak? Alah Nia, please?” Zakuan yang sudah membenamkan wajahnya diatas meja terus bangun memandangku apabila mendengar jawapan negatifku itu.


“Tak nak… Zakuan, kau ni sampai bila nak macam ni. Cuba ubah sikit perangai kau tu.” Nasihatku. Dia tidak peduli lagi. Aku tahu part itulah yang paling tidak disukainya. Dia terus menyambung niatnya.


Sedang leka menyiapkan karangan pendapat yang diberikan Pn Saminah tadi, tiba-tiba Zakuan terjaga. Terkejut aku dibuatnya. Oh, patutlah… Rupanya Zakuan dah terkena penangan Pn Saminah. Pn Saminah memang pantang jika mendapati ada pelajarnya yang tidur di dalam kelas. Dia pasti akan membaling kapur. Jika tidak ada kapur, dia akan membaling apa sahaja yang tercapai olehnya.


Aku memandang seluruh kelas. Ramai yang tersengih melihat Zakuan. Ada juga yang menggelengkan kepala mereka dan ada juga yang tidak mempedulikannya. Zakuan teruk dileteri Pn Saminah. Akhirnya Pn Saminah membawa Zakuan bertemu dengan pengetua.


Hish… Pengetua lagi. Zakuan, Zakuan… Apa nak jadi dengan kau ni… Aku dah cakap dah. Kau tak nak dengar.


“Nia, cam biasa. Wish me luck!” bisik Zakuan kepadaku lalu menyenyitkan matanya padaku. Dia tersenyum. Aku tidak jadi memarahi Zakuan sebaik sahaja dia berbuat begitu. Aku tersenyum lalu menyambung kerjaku. Banyaklah kau wish you luck, Wan…


- - - -


Zakuan muncul di perpustakaan. Dia tahu pada hari itu aku bertugas. Malah dia menghafal jadual tugasku. Dia sering menemankanku terutamanya apabila aku harus pulang lewat sejam dua dari palajar lain. Nak buat macam mana. Dah amanah mama dan papaku. Zakuan harus menemankanku waktu pergi dan balik sekolah. Tetapi waktu balik selalunya dikecualikan. Tapi entah kenapa Zakuan tidak pernah membiarkan aku balik sendirian sejak aku diganggu hari itu. Dan aku semakin hari semakin rasa bersalah pada Zakuan. Entah berapa kali dia membohongi ibu bapanya apabila pulang lewat ke sekolah.


“Nah, ini buku yang kau pesan tadi.” Kataku sebaik sahaja dia berada di hadapanku.


“Thanks. Kau busy ke sekarang ni?” Tanya Zakuan.


“Tak lah sangat. Hari ni aku jaga kaunter. Kenapa?”


“Tak de lah… Aku ingat nak kau tolong pilihkan aku beberapa novel yang sedap sikit…” kata Zakuan. Aku tersenyum. Tanganku masih ligat mengecop buku-buku yang baru sampai.


“Tak apa… Nanti aku pinjamkan kau novel aku kat rumah. Ok?” Zakuan hanya mengangguk.


“Hm… Tadi minah koop tu tanya pasal kau.” Maklumku.


“Ye? Apa dia kata?”


“Berminat pulak kau nak tahu?”


“Eleh… Salah ke aku nak tahu?” Aku tersenyum.


“Zalika kata apasal kau tak balas surat dia. Oh… Kau pun dah pandai main surat ea…” usikku.


“Eh, mana ada! Aku tak dapat apa-apa pun lah. Memandai je kau.”


“Dia kata dia bagi kat alamat rumah kau. Maksud dia tu memang surat yang betul-betul lah… Siap bercop lagi. Pos Malaysia.” Kataku lalu ketawa.


“Eh, bila dia bagi aku?”


“Dah lama dah dia kata… Sebulan dua yang lepas kot” agakku.


“Aku rasa ibu aku baca dowh…”


“Hah? Ibu kau baca? Apasal pulak kau rasa macam tu?”


“Ha, sebab tu lah dia tak suka kat kau kot. Dia fikir kau yang bagi surat tu kot? Apa yang minah tu tulis?”


“Itu manalah aku tahu… Tak kan dia nak bagi tahu aku kot?”


“Eh, macam mana tadi? Good luck or bad luck?” tanyaku apabila teringatkan Zakuan yang dihadapkan pengetua pagi tadi.


“Puan pengetua dah tak kuasa nak layan aku. Naik menyampah dia tengok muka aku.” Zakuan ketawa.


“Hish kau ni… Suka pulak.”


“Iya lah, aku suka.”


“Hm… Pastu tadi…”


“Hah? Ada apa lagi? Kau jangan nak rahsia-rahsiot dengan aku ea…” kata Zakuan memberi amaran.


“Em… Mana kau cilok perkataan rahsia-rahsiot tu hah? Sesedap kau je…” Zakuan ketawa.


“Budak tu datang jumpa aku kat sini.” Kataku perlahan. Tanganku menjadi sejuk tiba-tiba apabila mengingati kejadian tadi. Berani betul dia tadi.


“Iya ke? Pastu apa dia cakap?”


“Dia tanya, aku dan terima ke surat dia tadi. Dia kata dia suka kat aku sejak first time aku langkah kat sekolah ni.” Ceritaku.


‘Aku pun samalah Nia!! Bila kau nak sedar? Apasal kau tak nampak aku??’ jerit hati Zakuan.


“Wan… Asal kau diam?”


“Aku tunggu kau sambung cerita. Pastu?”


“Pastu… Dia bagi aku bende ni.”


“Apa ni?”


“Entah? Aku tak bukak lagi.”


“Aku bukak ea?”


“Jangan, dia ada kat sini.”


“Ye ke? Mana? Dia budak yang aku tunjuk kat kau tu, kan?”


“Haah… Tapi kawan dia. Yang rapat dengan dia tu.”


“Farhan?” Tanya Zakuan. Aku mengangguk perlahan.


“La… Iye ke?” Tanya Zakuan tidak puas hati. Zakuan memandang Farhan. Farhan bangun dan berjalan menuju ke pintu perpustakaan mahu keluar dari situ untuk menjalankan tugasnya.


“Iye lah…”


“Kau macam mana?”


“Aku?” Zakuan mengangguk. Aku memandang sekeliling.


“Entah?”


“Aik? Kau biar betul entah? Kau ni, nak cakap jelah nak.”


“Tak apa ke?” tanyaku. Ah! Macam mana boleh aku tanya dia macam tu? Kantoilah! Tapi rasa bersalahlah pulak… Tapi kenapa aku nak rasa bersalah pulak dengan Zakuan?


“Hah?? Kau, kau pun suka kat dia ke selama ni?” Zakuan bagaikan mahu pengsan apabila aku mengangguk perlahan. Aku macam rasakan sesuatu. Sesuatu yang tak pernah aku rasakan bila dengan Zakuan. Zakuan macam tak suka je? Zakuan macam galakkan aku terima Farhan tapi bila aku kata nak dia pulak yang over terkejut.


“Kalau macam tu, janganlah biar dia tunggu lama. Nanti kau melepas.”


Wah!! Aku macam nak peluk je Si Zakuan ni!! Sayang kau Zakuan! Kau ni macam tahu je aku dah lama minat kat Farhan. Tapi layak ke aku? Aku ni siapa kalau nak dibandingkan dengan Farhan? Tapi aku suka kat Farhan, suka macam gitu ajalah. Bukannya aku teringin sangat pun dengan Farhan tu.


Akhirnya aku menerima Farhan dalam hidupku. Tapi mama dan papa tak tahu tentang hal itu. Dan aku dengan Zakuan masih macam dulu. Pergi balik sekolah pun berdua. Sebab tu lah mama dan papa pun tak syak apa-apa.


“Nia…” Aku memandang Farhan. “Kenapa awak selalu pergi balik dengan Zakuan? Kenapa awak tak nak saya temankan? Saya sanggup tau.”


“Tapi saya tak sanggup tunggu awak. Awak selalu ada mesyuarat petang-petang. Bila saya bertugas balik lambat, awak balik lagi lambat. Sedangkan Zakuan dah lama terpacak menunggu saya. Awak tak apalah, balik berjemput.” Kataku meluahkan tidak puas hatiku.


“Tak boleh ke sehari awak cuba jangan rapat dengan Zakuan?”


“Mulai hari ini, Farhan. Saya tetapkan syarat. Kita putus kalau awak suruh saya jauhkan diri dari Zakuan. Dia kawan saya tau! Dan saya nak awak tahu. Bagi saya, kawan lebih penting daripada kekasih!” Aku tidak menunggu lama lalu terus meninggalkan Farhan yang masih terkebil-kebil di kantin. Aku terus menuju ke perpustakaan.


Aku lihat semua pelajar baru keluar dari kelas masing-masing untuk turun rehat. Aku terus ke perpustakaan menjalankan tugasku. Seperti biasa, setiap kali aku bertugas, pasti Zakuan akan berada di perpustakaan. Kini aku rasakan, Farhan tu tidaklah sehebat mana. Cuma dia tu cute + putih sikit + pandai. Itu aje. Dan hanya disebabkan itu sahaja dia sudah diminati ramai. Tapi tidak pula Zakuan. Pada aku rasanya Zakuan jauh lebih bagus daripada Farhan walaupun Zakuan tu tidak seputih Farhan tetapi dia agak tinggi. Satu saja yang membuatkan dia tidak digemari semua. Sikapnya yang agak kurang ajar.


Zakuan kalau marah semua kata kesat dikeluarkannya tidak kira dengan siapa walau dengan guru sekalipun. Dan syukur Alhamdulillah setakat ini aku tak pernah kena. Bukan setakat menyakitkan hati tetapi juga berbisa. Setiap kali dia marah, aku pasti tidak berani walau untuk memandang wajahnya. Dan jika dia bengang sehingga mahu meninggalkan tempat itu, dia pasti akan menarik tanganku untuk mengikutnya sekali. So sweet! Walaupun perlakuannya pada waktu itu agak kasar sedikit.


Tapi aku senang dengan sikap dan perangainya. Mungkin aku juga sepertinya? Zakuan seorang yang suka memberontak. Dia pantang ditindas dan dicabar. Aku juga tetapi just that aku tidak punya kekuatan seperti Zakuan. jika aku memberontak pun, hanya di dalam hati. Kalau aku bad mood, Zakuan seolah tahu hatiku. Dia mengajak aku ke satu tempat terpencil dan menyuruh aku menangis dan menjerit sepuas hati. Ah… Leganya hatiku waktu itu ku rasakan… Thank you so much, Wan…


“Hari ni aku bengang gile dengan balak kau tu.” Kata Zakuan terus menerpa ke arahku. Aku terkejut dengan kata-katanya itu.


“Apa dia buat?”


Ada ke patut dia hantar budak ‘pengawas’ dia tu semata-mata nak sound aku! Gile arh mamat tu! Nak suruh orang lain pulak. Pengecut!”


“Huh? Sound kau? Untuk ape?”


“La… Siapa lagi kalau bukan pasal kau, cik adik oi.”


“Aku?” Aku mengeluh. “Dia ni kan Teruk betullah… Bila dia sound kau tu?”


“Baru tadi masa aku on the way nak ke sini. Dia tahu rutin aku.” Kata Zakuan sinis.


“Dia dah janji dengan aku.”


“Dia janji dengan kau? Jadi kau pun rela suruh dia buat aku macam ni? Eh, Nia! Kau nak aku belasah budak tu? Kalau tidak dengan kau sekali aku balun! Kau fikir aku takut ke? Tak berani nak buat?!” marah Zakuan. Hah? Apa yang dia merepek ni? Aku tengok semua budak dalam library dah pandang semacam. Zakuan terus melangkah kakinya keluar.


Alamak… Zakuan betul-betul marah kat aku… Ini dah salah faham ni… Orang cakap lain, dia fikir lain. Tak pasal-pasal aku jadi famous sekejap dalam library ni. Jadi, nilah first time Zakuan marah aku. Eh, apa aku ni? Aku patut terangkan keadaan sebenar kat Zakuan.


Sebaik sahaja loceng berbunyi, aku terus ke kelas. Selalunya Zakuan adalah orang pertama yang sampai. Tapi dia tak ada. Mesti dia tak nak jumpa aku dan bertindak nak ponteng kelas. Argh! Geramnye…


“Mana Zakuan?” Tanya Pn Zuraidah. Dia memandangku mengharapkan jawapanku. Aku menggeleng tidak tahu. Pn Zuraidah menghampiriku.


“Kamu ada masalah ke dengan dia?” Tanya Pn Zuraidah sedikit berbisik denganku. Aku agak terkejut dengan soalannya. Tiba-tiba saja.


“Eh, tak adalah cikgu. Kita orang ok aja.” Kataku. Bohong sunat! Darurat ni. Masalah rumah tangga tak elok dicakapkan pada orang lain. Rumah tangga? Apa nak ganti rumah tangga tu? Rumah batu? Merepeklah aku ni!


Kelas berjalan seperti biasa. Selepas kelas Pn Zuraidah, sepatutnya kelas Cik Dalila. Tetapi memandangkan Cik Dalila masih bercuti, semua pelajar di kelasku entah ada yang tiada, ada yang berborak dan sebagainya. Biasalah tu.


“Eh, tadi aku nampak Zakuan dengan geng dia.” Tegur Aisyah yang tiba-tiba duduk di tempat Zakuan.


“Kat mana? Bila?”


“Tadi lepas rehat. Masa tu aku kat kantin nak naik kelas. Waktu tu dia dengan geng dia pergi kat belakang bangunan sekolah blok E. Situkan kawasan terpencil sikit.”


Sebaik sahaja Aisyah berkata sedemikian, aku terus meninggalkan kelas menuju ke blok E. Aisyah yang memanggil tidak kuhiraukan. Aku risaukan Zakuan! Zakuan! Apa yang kau fikir kau nak buat ni? Kau nak serang siapa? Nanti kalau kau kena gantung sekolah lagi macam mana? Aku tidak dapat menunggu lama. Hatiku tidak sabar untuk ke blok E. Dari berjalan aku berlari. Tiba saja di blok E, aku terdengar suara seseorang mengerang kesakitan dan beberapa orang ketawa. Juga suara seseorang yang sangat kukenali yang cuba menggertak mangsa. Aku bersembunyi. Aku tidak mengintai tetapi aku hanya mendengar.


“Mulai hari ni, kau jauhkan diri kau dari dia! Kalau boleh putus terus! Aku tak nak tengok kau dengan dia lagi!”


“Kurang ajar kau orang semua! Ini ke kawan hah?? Mengkhianati aku? Farhan! Aku tak sangka! Kalaulah Nia tau kau macam ni…”


“Hei! Kau tak payah nak ingatkan aku atau nak ajar aku. Aku tahu apa yang aku buat. Tapi kenapa semua yang aku buat semua tak dipandang cikgu?! Aku yang sepatutnya jadi ketua pengawas kau tahu?!” Akibat terlalu marah Farhan membelasah Zakuan lagi dengan teruk. Zakuan tidak berdaya lagi untuk mempertahankan dirinya. Dia membiarkan tubuhnya menjadi tempat Farhan melunaskan rasa marah dan sakit hatinya.


Aku tidak sanggup lagi mendengar suara Zakuan yang jelas menunjukkan kesakitan yang dialaminya. Aku terus memanggil guru yang berdekatan di blok E. Secara kebetulan En Shakri lalu di kawasan kaki lima di situ. Dia terus bergegas ke belakang blok E setelah aku memanggilnya dengan bahasa isyarat.


“Hei! Apa yang kamu buat ni?!” marah En Shakri. Tanpaku sedar air mataku menitis sebaik sahaja aku melihat keadaan Zakuan. Farhan yang membelakangi kami terus menoleh ke arah En Shakri.


“Farhan?” En Shakri benar-benar terkejut. En Shakri terus membawa Farhan dan tiga orang pelajar yang lain mengikutnya. Dia menyuruh aku menemankan Zakuan sementara itu dia memanggil guru bertugas bagi membantu Zakuan yang cedera.


“Wan… Aku, aku minta maaf…” kataku sendirian. Aku terus mendapatkannya. Air mataku semakin deras mengalir. Tidak sanggup aku melihat darah yang mengalir pada tubuh Zakuan. Bajunya yang putih bertukar merah darahnya akibat dipukul dengan kayu.


“Nia… Kau datang selamatkan aku?”


“Shhhh… Jangan cakap apa-apa lagi Wan. Aku… Aku tak nak kehilangan kau. Kau janganlah buat tindakan bodoh kau ni lagi.”


“Tak… Kau tak tahu keadaan sebenar…”


“Tak apalah Wan. Kau simpanlah cerita kau tu dulu. Aku tahu kau tengah sakit. Kau jangan bercakap lagi ea.” Kataku. Aku dapat melihat senyumannya. Hatiku terasa sedikit lega dengan senyumannya itu. Aku mengambil sapu tanganku. Kebetulan ada paip berdekatan. Aku membasahkannya dan mengelap luka di wajah Zakuan.


Dia mengaduh kesakitan. Aku tergelak.


“Alah, sikit tu pun sakit. Bukan letak ubat pun… Aku nak bersihkan darah kau ni… Teruk betul muka kau. Habis lebam-lebam…” kataku.


“Yelah… Dah nama pun lebam. Slowlah sikit… Sakit…” adunya.


Aku tersenyum. Aku terasa bahagia sekejap. Aku tak dapat nak bayangkan perasaanku dikala itu. Yang pasti aku bahagia sangat-sangat. Aku nak cakap macam mana bahagianya aku! Tapi tak terluah! Ah! Yang pentig aku bahagia sekarang.


- - - -


“Kau nak apa lagi? Kan kami larang kamu ke sini lagi?!” marah En Adli, ayah Zakuan. Kemudian ibunya muncul. Pn Salmin membisikkan sesuatu pada En Adli. Aku menundukkan wajahku lalu memberi salam untuk beredar. Seketika kemudian aku terdengar En Adli memanggilku. Aku menoleh.


“Kamu Nia ke?” tanyanya. Aku mengangguk. “Maknanya kamu bukan Zalika?” Sekali lagi aku menggeleng. Zalika? Siapa tu?


“Nia, marilah masuk. Zakuan memang nak sangat jumpa kamu. Siang malam asyik sebut kamu saja.” Kata Pn Salmin. Aku tidak berganjak malah memandang En Adli. Dia tersenyum padaku. Akhirnya aku melangkah masuk ke dalam rumah Zakuan.


“Maafkan pakcik. Pakcik ingat kamu ni Zalika. Pakcik ada terbaca satu surat. Daripada Zalika untuk Zakuan. Apa hubungan kamu dengan Zakuan?” tanyanya. Oh… Baru aku faham… Patutlah mak ayah dia tak suka dnegan aku. Mereka fikir aku ni Zalika yang bagi surat cinta kat Zakuan rupanya. Ye lah… Mak bapak mana yang suka kan?


“Saya kawan dia, pakcik.”


“Hm… Zakuan ada dalam bilik, pergilah jenguk dia.” Kata Pn Salmin. Aku mengangguk lalu ke bilik Zakuan. Kemasnya bilik dia. Alah… Bukan dia yang kemas pun. Mak dia yang kemas. Teruk betul!


“Nia…” Aku memandang Zakuan yang terbaring. Aku duduk menghadapnya. Katilnya tidaklah tinggi mana. Jadi kalau aku duduk di lantai, kira ok lah tu.


“Kau dah ok?” tanyaku. Dia tersenyum.


“Nia, kau nak tahu satu rahsia?”


“Hm? Rahsia apa?” tanyaku. Aku menyelesakan diriku dengan meletakkan kedua-dua tanganku di birai katilnya lalu aku menopang dagu.


“Aku suka bila kau lapkan aku hari tu.” Kata Zakuan. Tiba-tiba aku teringatkan waktu itu. Aku tersenyum. Alamak… Malunya aku… Mesti dia perasan masa tu aku feeling gile waktu lapkan dia. Argh!!! Malu gile!!


“Ha, malulah tu.” Kata Zakuan.


“Kau ni kan Jahatlah…” Aku terus mencubit lengannya lalu terus membenamkan wajahku ke katilnya. Ah! Malu habis!


Aku tak sedar, rupanya Pn Salmin sedang menintai kelakuan kami berdua. Oh, patutlah dia orang biarkan aku berduaan dengan Zakuan. Nak mengintai aku rupanya.


“Nia, aku minta maaf…”


“Kenapa pulak?”


“Ye lah… Kengkawan aku kata, Farhan cabar aku. Kalau aku berani, lawan dengan dia. Kau pun al-maklumlah dengan sikap aku ni kan…”


“Hm… Kau ni memang…” Di waktu itu, aku terasa macam nak cubit-cubit aje pipi Zakuan waktu tu. Aku rasa macam nak peluk dia pun ada. Kebahagiaanku waktu aku lapkan dia hari tu masih kekal sampai hari ni. Dan sekarang ni aku langsung tak terfikirkan Farhan.


“Lepas tu, kita orang pun pergilah kat tempat yang dijanjikan. Sampai je kat situ aku nampak Farhan. Dia seorang diri je. Aku pun terasalah kemenangan kat tangan aku, sebab aku bawak geng. Rupanya kengkawan aku tu khianat aku. Kengkawan aku sebenarnya berpihak pada Farhan. Aku rasa tertipu dan waktu tu aku dah rasa kekalahan kat tangan aku.” Cerita Zakuan. aku bersimpati padanya.


“Itulah… Aku dah cakap. Kau jangan bercampur dengan dia orang. Dia orang bukan jenis yang setia kawan. Aku suruh kau stay dengan aku kau tak nak…” kataku perlahan.


“Eleh… Kau ingat aku tak tahu? Kau suruh aku stay dengan kau sebab kau takut kau tak ada kawan waktu rehat nanti, kan?” Aku tergamam. Eh? Mana dia tahu???


“Alah… Sama je. Dua-dua lah… Lagipun aku memang tak suka kau kawan dengan dia orang lah… Bukan sebab tu aja…” dalihku. Dia tersenyum nakal. Lalu dia mengusik rambutku yang kemas disikat.


“Ish! Apa ni! Aku paling pantang kalau orang main dengan rambut aku tau!” marahku. Zakuan ketawa. Dia makin galak mengusikku.


“Arh! Aku tak nak datang jumpa kau lagi!” marahku. Tapi pura-pura je! Saje nak buat dia gelisah sikit. Aku bangun.


“Eh, Nia… Ala Gurau sikit je…” katanya. Dari berbaring dia duduk.


Waktu itulah aku melihat kelibat Pn Salmin di pintu bilik Zakuan. Pn Salmin tersenyum lalu meninggalkan kami. Waktu itu aku terfikir. Apa yang aku buat dengan Zakuan tadi ek? Matilah aku kalau macam ni…


“Apasal Nia? Macam nampak hantu je.” Kata Zakuan apabila aku tidak bergerak sedikit pun.


“Tak lah. Aku nampak ibu kau. Aku rasa ibu kau dok perhatikan kita dari tadi.” Kataku. Aku duduk semula di tempatku tadi.


“Alah… Dia tengah fikir sama ada dia patut telefon jabatan agama atau tidak. Itu je.” Selamba je Zakuan ni bercakap. Hish! Cili mulut tu baru tau!


“Zakuan, sebenarnya masa kat library hari tu, kau marah kat aku ke?”


“Hm… Sikitlah…”


“Sebenarnya, janji yang aku buat dengan Farhan tu, bukannya seperti apa yang kau fikirkan. Tapi sebenarnya, Farhan dengan aku dah buat perjanjian. Kalau dia halang aku terus berkawan dengan kau, aku tak akan teragak-agak nak putus dengan dia.”


“Hah? Ye ke?” Tanya Zakuan tidak percaya. Aku mengangguk.


Ala Kalaulah aku tak fikir yang bukan-bukan… Mesti semua ni tak terjadi.” Kata Zakuan menyesal.


“Eleh… Banyaklah kau. Kalau kau tak fikir yang bukan-bukan pun, aku pasti kau tetap akan berakhir macam ni jugak.”


“Nape pulak?”


“Kau kan pantang dicabar. Ini pun sebab Farhan yang cabar kau.” Zakuan tersengih.


“Tapi aku betul-betul tak percaya Farhan macam tu.”


“Baru aku tahu yang Farhan tu dapat kesan kes buli tu macam mana. Sebab dia bersekongkol dengan dia orang.” Kata Zakuan pula.


“Ha, sebab tu lah kau aja yang asyik kena dengan guru disiplin! Dia orang memang sengaja buat jahat, lepas tu nanti dia orang cepat-cepat lari. Yang kau pulak baru nak angkat kaki dah kena cekup. Ini memang plan Farhan dari awal. Dia memang nak dropkan kau…”


“Hah!” kuat suara Zakuan di dalam bilik. Terkejut aku dibuatnya. “Kau ni memang berbakat jadi penyiasatlah!”


“Hish! Ingatkan aku tadi ape.” Marahku. Zakuan ketawa.


“Eh, tapi kau dengan Farhan macam mana?”


“Apa lagi? Putuslah.”


“Kau kan suka kat dia?”


“Bila pulak aku cakap aku suka kat dia? Aku suka sikap dia yang berkarisma dan bertanggungjawab dia tu. Tapi sekarang, sorry to say, aku benci dia. Dia dah cederakan kawan baik aku!”


“Aku? Kawan baik kau? Itu je?” Aku menelan air liur. Apa pulak yang Zakuan dok harapkan aku cakap ni? Aku tengok muka dia selamba badak je. Aku ni yang gelisah semacam.


“Tapi bagi aku, kau kawan biasa aku je. Baik ke kau ni? Ish tak layak jadi kawan baik aku.” Kata Zakuan. Hish!!! Geramnya aku! Ingatkan apa tadi. Zakuan ni, suka sangat buat aku macam ni tau!


“Kau jahat!! Sampai hati…” Zakuan ketawa. Huh! Puas hatilah tu. Sampai ketawa tak ingat dunia. Tak macam orang sakit langsung!


- - - -


Di sekolah sudah gempar kes antara Farhan dan juga Zakuan. Farhan dan Zakuan masing-masing tidak hadir ke sekolah. Zakuan seperti yang sudah sedia maklum dia sakit. Farhan pula digantung sekolah selama 2 minggu dan dilucutkan jawatan pengawas. Hukuman ke atas Farhan diringankan atas sebab dia mengambil SPM tahun ini. Tetapi ramai yang menyangka Farhan yang dibelasah oleh Zakuan keran Zakuan merupakan samseng di sekolah itu.


Dan di sekolah aku menjadi mangsa temu bual kawan-kawan. Hari ini aku tidak bertugas. Bosannya aku tidak dapat digambarkan. Selalunya Zakuan yang menemaniku. Kini aku sendiri sahajalah. Ramai yang memandang semacam ke arahku. Kerana mereka tahu, punca Zakuan dan Farhan bergaduh adalah keranaku. Argh! Ini yang paling aku tidak suka.


Aku teringat semula waktu aku pulang ke rumah lewat dan baju kurungku ada kotoran. Mama menegurku. Dia juga tidak nampak Zakuan di luar. Mama meneliti kotoran pada baju kurungku. Rupanya darah. Aku dipanggil. Lalu terus aku menceritakan perkara sebenar. Mama benar-benar marah. Marah pada Farhan. Tapi itu silap Zakuan juga. Mama menggelengkan kepalanya. Apa nak jadilah dengan budak zaman sekarang ni.


Selepas ibu bapa Zakuan dapat menerima kehadiranku, aku pun mengajak mama bertemu Zakuan. Pada awalnya papa ingin turut serta tetapi dia terasa segan. Akhirnya dia menyuruhku mengirimkan salamnya pada Zakuan dan menyuruhnya datang ke rumah setelah sembuh nanti.


Aku tersenyum sendiri. Em… Kenapa ya aku terasa bahagia bila dengan Zakuan waktu aku lapkan dia? Aduh… Aku suka sangat… Kalau boleh aku nak lapkan dia lagi sampai dia betul-betul bersih dari segala calitan darah. Kalau boleh aku nak rawat dia, sampai dia betul-betul sembuh.


Aku dah angau ke? Ish! Biar betul? Tak kan dengan Zakuan? Aku dah tau baik buruk dia, apa salahnya kan? Tapi Zakuan pulak? Alah… Kenapa aku susah-susah fikirkan benda ni? Kan senang kalau buat tak tau je dan layan perasaan yang best ni. Aku tersengih sendirian.


“Hei, apa tersengih sorang-sorang ni?” Aku kenal suara tu. Tapi tak kan lah…


“Zakuan! Apa kau buat kat sini? Kau kena berehat, kan?” Zakuan ketawa apabila aku memarahinya.


“Alah… Ibu risau, aku suka meracau sebut nama kau. Tu ibu aku paksa aku datang sekolah jumpa kau.” Aku terkejut. Apasal pulak Zakuan nak meracau sebut-sebut nama aku?


“Nia, aku…”


“Eh, bukan ke kau kena gantung sekolah?” tegur Salwa.


“Oh, tak adalah. Aku ni ha yang jadi mangsa. Yang kena gantung tu, mulut kau tu nanti aku gantung. Jangan sibuk hal aku boleh tak?!” marah Zakuan. Aku hanya diam memerhatikan mereka.


“Kacau betullah. Jom pergi library… Itu kan tempat kita.” Ajak Zakuan. aku tersenyum apabila Zakuan mengatakan library itu ‘tempat kita’.


“Sebenarnya, aku nak cakap kat kau sesuatu.”


“Apa dia? Kau dah sembuh? So, boleh aku try?” Aku sengaja mengangkat tangan bersedia untuk menumbuk bahu Zakuan.


“Eh! Kau gila ke? Sakitlah!”


“Belum kena dah sakit.” Aku tersenyum.


“Alah, kau ni. Serius la sikit!” Aku tergelak.


“Iye lah… Apa yang serius sangat kau nak cakap ni?”


“Aku suka kat kau, Nia.” Aku terdiam. Dia yang duduk dia hadapanku bertukar tempat dan duduk di sebelahku. Aku memandang ke bawah. Berdebar hatiku di kala itu tak dapatku bayangkan. Zakuan… Betul ke apa yang kau cakap ni?


“Nia? Nia?”


“Hah? Erm… Aku dengar…” kataku perlahan tapi aku yakin Zakuan mendengarnya dengan jelas.


“Rania Riana, pelase be my future wife?” bisik Zakuan. Yelah… Kan kita orang kat library… Kenalah berbisik.


Aku ketawa. Future wife? Bukan girlfriend? Pelik betullah Zakuan ni. Tapi sepelik-peliknya dia juga yang aku suka. Dia juga yang aku kagum. Dia juga yang sayang. Dan dia juga yang aku cinta. Zakuan… Zakuan…


“Nia… Janganlah macam ni…” Aku ketawa lagi menyembunyikan rasa malu dihatiku.


“Diam tandanya ya. Senyum tandanya suka.” Kata Zakuan. meremang jugak bulu roma aku. Wah, romantik jugak Zakuan ni. Berbisik kat aku. Aku rasa bahagia sangat-sangat. Mama papa mesti suka gile.


“Jom, skip sekolah.” Ajaknya. Hah? Dia? Ajak aku skip sekolah? Biar betul mamat ni?


“Alah… Kita pergi rumah kau. Aku dah minta izin mama dengan papa kau dah…” katanya seolah tahu apa yang bermain di fikiranku. Aku tersenyum lalu mengikutnya.


Loceng telah lama berbunyi. Aku telah mengambil beg aku awal-awal lagi. Zakuan membawa aku ke rumahku. Mama dengan papa nampak happy. Bukan lah sebelum ni mama papa tak happy tapi kali ni nampak macam lebih happy dari biasa.


“So? Macam mana?” Tanya papa.


“Zakuan dah pegang dia erat-erat, papa.” Kata Zakuan.


“Hah? Apa kau panggil papa aku? Sejak bila bertukar ni? Atau aku silap dengar?”


“Ma, explain sikit.” Kata Zakuan.


“Mama dengan papa dengan Pn Salmin dan En Adli dah bercadang nak tunangkan korang berdua. Bila dah habis belajar kahwinlah. Lagipun budak macam Zakuan jangan dilepaskan. Kena ikat dia elok-elok. Kita orang semua dah setuju. Tinggal nak kan persetujuan dari Nia seorang aja.”


“Kau ni! Bukan nak bagi tahu aku! Jahat!” marahku. Marah, marah jugak. Tangan kiri memukul Zakuan, tapi tangan kanan masih setia menggengam tangan Zakuan. Aku bahagia!


“Terima kasih, Wan… Aku sayang kau…” bisikku.


“Kau je yang sayang aku. Aku cintakan kau.”


Aku mencubit perutnya. Dia tersenyum. Waktu tu aku rasa macam nak peluk aja Zakuan seerat mungkin. Aku nak jerit kat satu dunia yang aku sayang Zakuan sangat-sangat! Especially kat Farhan! Biar dia tahu, aku tersilap pilih orang!


TAMAT