“So, minggu ni dah boleh start la buat majalah sekolah. Kita akan start dengan sesi photografi. Mula-mula kita buat untuk Form 5 dan Form 3 sebab dia oran g nak exam percubaan dah ni.” Maklum Pn Julina.
“Kita oran g ok je cikgu.” Jawab Zarya, Suria dan Aiqeel.
Aku hanya mendiamkan diri. Manakala Airina hanya mengangguk-angguk. Aku hanya menundukkan wajahku. Aku berasa serba-salah, tidak pasti akan keputusanku. Cukuplah tahun lepas aku menjadi ahli sidang redaksi. Tahun ini, aku tidak berkeinginan untuk melaksanakan semua itu lagi.
“Ok, nanti tolong susun Form 5 dan Form 3 dalam bari san. Awak handle yang tu ok, Farah. Suria, awak ur uskan semua budak yang dah ready nak ambil gambar, ok? Airina, Zarya dan Aiqeel tolong Suria.” Kata Pn Julina menguruskan pelajar redaksinya.
Aku hanya mengangguk lemah. Memang tidak bersemangat untuk melaksanakan kerja yang diamanahkan kepadaku.
“Hei! Cepatlah beratur ikut kelas! Takkan itu pun nak kena suruh? Dah Form 3 dah pun tak tau nak beratur ke? Form 5 pun sama je dua kali lima !” marahku. Hatiku betul-betul panas dan penuh dengan rasa tidak puas hati.
“Apasal akak garang-garang ni? Tak baik tau, marah-marah. Nanti cepat tua…” tegur seorang budak lelaki.
“Hei, diam dan beratur je lah! Tak faham bahasa ke oran g suruh beratur ikut kelas?!” tengkingku.
Sesudah mereka duduk dalam barisan, aku hanya memeluk tubuh dan memerhatikan rakan-rakanku yang lain membuat kerja. Ada yang terjerit-jerit, ada yang ketawa terkekek geli hati dengan gelagat budak-budak, dan ada juga yang tension habis.
“Farah, pergilah tolong susun budak yang nak ambil gambar tu. Biar cepat sikit semuanya.” Arah Pn Julina. Aku hanya mengangguk dan berjalan menuju bari san kerusi yang disediakan untuk para pelajar mengambil gambar secara teratur.
“Hm… Tukar tempat. Pergi ke hujung sana .” Arahku. Budak lelaki itu hanya menurut kataku. Aku menguruskan lagi beberapa pelajar lain.
“Awak tukar dengan budak India tu. Awak centre sebab awak lebih tinggi.” Kataku. Tetapi tidak semua budak menden gar kata. Dia tidak mahu kerana mahu bersebelahan dengan rakannya yang lain. Aku berkeras menyuruhnya tukar tempat. Dia hanya menggeleng dan tidak mengendahkan arahanku.
“Ok, fine! Tak nak tukar sudah! Gambar kelas korang yang cacat. Akak tak rugi apa-apa lah!” marahku. Beberapa pelajar lain yang terdengar kata-kataku itu terus memaksa rakan sekelas mereka itu bertukar tempat dengan pelajar yang aku maksudkan. Akhirnya dia akur. Aku hanya menjeling pelajar itu.
“Awak tukar dengan kawan sebelah.”
Suria berada disebelahku menguruskan pelajar yang sepatutnya duduk di atas kerusi bersama guru, aku tidak mengendahkannya dan terus melihat mana-mana pelajar yang harus diubah tempat mereka untuk mencantikkan lagi gambar kelas mereka.
“Eh? Apa ni? Sana lah sikit Suria. Tak payahlah sampai nak langgar-langgar.” Tegurku dengan baik. Tangannya tak sudah-sudah melanggar lenganku dan aku tidak selesa.
“Eh? Kau lah ke tepi ke sana ! Aku nak buat kerja lah! Pergi sana !” marah Suria lalu menolakku kasar. Aku terkejut. Cara Suria berkata seolah-olah dia tidak mengenaliku, seolah-olah aku bukan kawan baiknya. Selama ini dia tidak pernah berkata sekasar itu denganku. Hatiku yang panas dimarakkan lagi dengan minyak yang sengaja ditumpahkan Suria. Dan aku tidak menyangka sama sekali dia sanggup menolakku hanya kerana dikuasai perasaan marah dengan perangai pelajar yang kurang ajar. Tak sangka dia sanggup membuat aku sebegitu walaupun aku rakannya. Sungguh aku terkejut.
“Whatever!” aku terus berlalu pergi. Ingat kau sorang saja ke yang ada kerja? Tau lah kau ketua editor. Tapi buatlah kerja secara bekerjasama. Bukannya syok sendiri! Lepas tu nak tension lah kononnya. Padahal diri sendiri yang tak kasi orang lain bantu dia! Marahku.
Aku pergi mendapat Cikgu Tan, cikgu yang mengambil gambar untuk majalah sekolah itu. Aku hanya memerhati dari jauh. Pn Julina menegurku.
“Awak pergilah tolong sana . Tolong susun kan budak-budak tu ikut ketinggian.” Kata Pn Julina dan menunjuk ke arah pelajar Tingkatan 5.
“Ok, 5A tolong pergi kat kawasan kosong belakang Cikgu Tan dan beratur ikut ketinggian. Yang paling tinggi tengah and yang rendah hujung.”
“Ha, yang rendah ok! Faham-faham lah… Alia! Kau hujung! Macam tak tahu pulak kau.” Usik Saidah. Aku hanya tersenyum melihat gela gat kakak-kakak senior.
“Aizat, kau tinggilah… Tengah.”
“Tapi aku duduk depan, kat kerusi kejap lagi.”
“Tak apalah… Just ikut ketinggian dulu, boleh tak? Hadoi…” tension aku dibuatnya.
“Ado i… Fa, tak payah lah tension-tension. Rileks lah…” tegur Aizat.
“Hm… Pape je lah…”
Selesai menyusun pelajar perempuan 5A, aku menyusun pelajar lelaki pula. Apabila mereka berjalan masuk ke barisan kerusi yang disediakan untuk mengambil gambar, mereka berterabur. Aku menepuk dahi. Penat-penat aku susun, akhirnya, sia-sia aja.
Kemudian aku menyambung menyusun pelajar 5B pula. Selesai sahaja menyusun pelajar perempuan, aku menyuruh mereka duduk mengikut sususan. Aku menyusun pelajar lelaki pula. Tiba-tiba Suria datang ke tempatku dan menyusun semula pelajar lelaki 5B yang telah separuh aku susun. Aku bagaikan api yang disimbah dengan minyak. Suria menyusun pelajar itu dengan cara berlainan. Mengikut ketinggian rendah ke tinggi. Aku mula terasa berbahang.
Akhirnya aku membiarkannya dan hanya duduk melihat mereka yang lain melakukan kerja. Aku sudah hilang mood dan keinginan untuk membuat kerja.
Beberapa kelas telah selesai mengambil gambar. Kini tiba giliran 5D selepas beberapa kelas tingkatan 3 selesai. Tiba-tiba Pn Julina datang menerpa ke arahku.
“Kenapa duduk je kat sini? Pergi lah susun budak 5D tu…” aku akur dengan arahan Pn Julina. Perlahan kakiku melangkah ke arah mereka dengan hati yang berbelah bahagi.
“Em… Tukar dengan budak Cina sebelah.” Kataku acuh tak acuh.
Lelaki itu hanya memandangku. Dia kemudian memandang rakan disebelahnya, Mazdi. Dan seketika kemudian dia memandangku kosong. Ah! Pedulikanlah! Aku sudah malas mahu ambil peduli tentang mereka. Aku hanya membiarkan dan selebihnya aku hanya memerhatikan yang lain.
Setelah selesai menyusun, aku dan rakan-rakan redaksi yang lain berkumpul di belakang Cikgu Tan yang bersedia mengambil gambar mereka sebanyak 3 shot. Aku betul-betul tidak puas hati. Kelihatan pelajar yang aku tegur tadi ternyata mencacatkan gambar kelasnya. Aku memberitahu Airina dan menunjuk ke arah pelajar lelaki itu.
“Tengok tu. Dah lah rendah. Sibuk nak duduk tengah. Dia tak lah rendah tapi masalahnya budak Cina tu lagi tinggi dari dia. Cacat gambar kelas. Ish, ish… Tadi aku dah tegur dia buat dek aja. Padan muka.” Airina sudah terkekek ketawa. Zarya dan Aiqeel tumpang sekaki mengetawakan pelajar itu.
“Haah lah… Ya Rabbi. Macam mana boleh tak perasankan dia tadi? Hahaha… Biar lah dia…”
Kelihatan dia memandang ke arahku tajam. Terus tawaku mati begitu sahaja. Pandangannya menikam wajahku. Zarya, Aiqeel dan Airina semakin galak mentertawakanku. Aku menelan liur. Ops… Aku pasti dia tahu aku mengutuknya. Ah, lantak lah… Siapa suruh tak nak ikut arahan aku?
Sebaik sahaja Cikgu Tan berkata ‘sedia, 1, 2, 3’, kelihatan pelajar itu meninggikan dirinya. Aku punyalah ketawa melihat wajahnya yang masam mencuka ditambah pula dengan gela gatnya yang sangat menggelikan hatiku. Terlupa sudah aku pada jelingan tajamnya tadi. Aku menekan peru tku yang sudah tidak tertahan lagi. Zarya, Aiqeel dan Airina turut sama mentertawakannya. Ada antara mereka sudah mengalir air mata. Kami bertiga ketawa. Aku menggelengkan kepala.
Kesian pula pada dia. Orangnya hitam-hitam tetapi boleh dikategorikan sebagai ada rupa. Dia agak hensem jugaklah, tapi aku tak pernah berminat dengan pelajar yang satu sekolah denganku. Itu sangatlah di luar alamku. Aku tersenyum apabila teringatkan peristiwa itu. Dia pergi mengambil begnya dengan rakannya yang lain dan naik ke kelas. Aku tersengih. Hilang stress aku dengan sikap Suria.
***
“Aku tak boleh lupa lah pasal mamat pendek tu. Hahaha… Kelakar betul muka dia masa tu. Adoi…”
Zarya tersenyum.
“Aizudeen ye? Haha… Dia tu hensem jugak kan ?” kata Zarya. Aku dapat mengagak sesuatu. Dia seakan mahu memancingku. Tetapi aku hanya buat tidak endah.
“Ha, apa cerita pakwe kau tu?”
“Hm… Biasa je… Tapi semalam aku dapat borak dengan abang saudara dia. Lama pulak tak borak dengan abang dia tu. Kali ni cara dia cakap dah lain. Kali ni dia tak cakap benda-benda tak senonoh tapi dia cakap pasal isteri dia. Agung betul isteri dia tu dalam hati dia. Haish… Dia cakap, isteri dia lah yang paling dia sayang. Buah hati pengarang jantung lah konon… Hurm… Bosan aku dengar.” Zarya mula membuka cerita. Aku hanya tersenyum.
“Habis Aufin tak marah ke kau rindu kat abang dia?”
“Buat apa nak marah? Abang dia tu dah berbini dah pun. Bini dia pun tak habis pantang lagi.”
“Fa… Tak best lah macam ni…” rungut Zarya.
“Apanya yang tak best ni?”
“Yelah… Asyik aku je yang bercerita pasal Aufin…”
“Dah tu? Takkan aku nak cerita pasal Aufin kat kau pulak? Manalah aku tau apa nak cerita. Dia tu pakwe kau, bukan pakwe aku.” Sengaja aku mengenakannya dengan berlagak dungu dan lurus. Zarya menggaru kepalanya lalu mengetuk kepalaku gera m.
“Hei cik kak! Hish! Buat-buat lurus pulak.”
“Aduh… Sakitlah…” aku tersenyum sambil mengusap kepalaku. Memang sakit.
“Tak adalah… Asyik kau je yang dengar story aku. Kau pulak dengar je. Tak ada apa-apa nak cerita. Tak best lah macam tu… Aku pun nak kau cerita tentang something jugak… Macam dulu-dulu… Kita berlumba nak cerita pasal Aufin dengan Jas.”
“Hei… Sorry sikit… Sekali lagi diingatkan, Jas bukan pakwe aku! Aku just layan dia macam biasa n dia mintak kapel. Itu je. And sekarang, its over. Aku tak terima dia, dia pun senyap je la… Biasalah tu kalau kena reject. Tak adanya nak stay in contact de… Lelaki. Selalu macam tu. Tak nampak langsung yang dorang tu serius dengan kita.”
“Oh, kiranya kau nak seseorang yang kononnya sanggup buat apa saja untuk memiliki kau lah? Nak kan guy yang sanggup berlutut depan kau? Memanglah susah kalau macam tu. Kau sepatutnya terima apa adanya.”
“Bukanlah sampai macam tu. Maksud aku, seseorang yang berusaha untuk dapatkan apa yang dia nak. Menanti dengan penuh kesabaran. Kebanyakan yang aku jumpa, kenal sekejap je pastu mintak kapel. Kalau ye pun, tunggulah dalam masa sebulan dua untuk aku kenal dia n fikirkan. And aku memang sengaja reject sebab aku nak tengok apa tindakan dorang selepas tu. Tapi semuanya hampeh. Tak ada seorang pun yang berusaha. Bila aku reject, bagi dorang, itu kata putus aku yang terakhir and dorang pun menyepi and cari perempuan lain sebagai girlfriend. Tak heranlah kalau aku kapel dengan dorang and suatu hari nanti dorang akan curang dengan aku bila dah bosan.” Aku menyuarakan pendapatku.
“Hm… Yelah yelah… Tapi sampai bila kau nak tunggu? Takkan…”
“Aku masih ada banyak masa lagi, Ria… Kita ni baru je Form 4… No rush…” aku memotong percakapannya. Dia hanya mengangguk-angguk.
“Tak pe lah… Its up to you. Tapi aku rasa lain lah… Aku pun nak kau ada someone jugak…” aku hanya tersenyum menden gar kata-kata itu.
“Thanks Ria… Tapi aku rasa, aku selesa dengan keadaan macam ni.”
“Hm… Ye lah…”
***
Aku bangun dari tidur. Aku meraup wajahku. Biar betul? Ini tak mungkin berlaku! Takkan lah… Oh tidak! Aku memang bermimpi ngeri!
Aku segera bersiap ke sekolah seperti biasa. Tibanya aku di sekolah, Zarya belum tiba lagi. Kelihatan dari jauh Airina berjalan pantas menuju ke arahku. Aku hanya menanti.
“Fa, kejap lagi Pn Julina nak kita stay lagi untuk ambil gambar budak Form 2 pulak.” Maklumnya terburu-buru.
“Ala … Tak boleh lah… Aku ada kelas Akaun kejap lagi. Cikgu nak masuk chapter baru… Kalau aku tak masuk kelas nanti aku tak faham.”
“Nanti cakap je lah dengan Pn Julina. Aku nak cepat ni, kena bertugas kat surau. Ok, nanti cakap kat Zarya dengan Suria tau… Bye.” Katanya lalu segera meninggalkan tapak perhimpunan menuju ke surau.
“Hai…” Zarya memberikan posing peace dan meletakkan beg LK, beg baju sukan dan juga beg sekolahnya.
“Mak oi… Banyaknya beg kau Ria?” tegur Shila salah seorang rakan sekelasku.
“Yelah… Petang ni ada latihan kawad. Pastu hari ni ada LK… Terpaksalah bawak beg bertimbun ni.” Katanya.
“Fa… Ada cerita best!”
“Ha, apa dia? Kalau ye pun duduklah dulu.” Kataku. Zarya duduk disebelahku memandangkan dia berada di kelas B dan aku C.
“Semalam Aufin cakap, kawan dia Zahar tengah carik girlfriend. So, aku cadang nak test kau dengan dia. Amacam? Aku tengok Zahar tu suara dia… Ala hai… Lembut betul. Romantik. Cair aku dengar. Nasib baik Aufin bagi aku cakap dengan Zahar sekejap aja.” Kata Zarya sudah tersenyum-senyum dengan mengangkat keningnya berkali-kali. Aku hanya memandangnya. Hm… Ria, Ria… Ada-ada aja dia ni nak carikkan putera idaman aku tu lah…
“Tak apalah… Aku tak nak. Malas lah… Lagi pun kalau dia kawan Aufin, maksudnya dia duduk kat Bangi jugak lah…”
“Memang lah… Tapi tak ada salahnya. Bukannya jauh sangat pun…”
“Kau memanglah cakap macam tu. Sebab kau boleh keluar bila-bila aja kau suka kecuali waktu malam. Aku ni lain. Mak ayah aku mana kasi keluar-keluar rumah ni. Aku pun tak minat. And lagi satu, aku malas betul nak pergi top up tau…”
“Alah, kau ni macam-macam alasan kan ? Tak kira lah, aku dah bagi dah nombor kau kat Zahar.” Selamba Zarya berkata sedemikian. Rahangku terjatuh ke bawah tanpa dipinta. You what?! Gila! Aku menepuk dahi.
“Andai kata suatu hari nanti aku tukar nombor tak nak bagi tau kang, jangan marah aku, ok…” kataku. Zarya ketawa lalu menepuk pahaku.
“Yelah, suka betul bagi nombor aku sesuka hati kau.” Rungutku.
“Eh, pagi tadi kan … Aku mimpi tau…” aku mula membuka cerita pagi tadi. Zarya bersedia menden gar dengan penuh minat.
“Aku tak tau kenapa tapi aku termimpikan mamat tu. Mamat pendek tu.”
“Aizudeen?”
“Haah… Tapi aku tak ingat apa yang aku mimpikan. Tapi yang pasti pasal dia. Watak dia ada dalam mimpi aku. Apasal ha? Pelik lah…”
“Hish kau ni… Tak baik panggil dia pendek… Dia actually tak adalah pendek pun. Dia kurus n kecik tu yang nampak macam pendek tapi sebenarnya dia lagi tinggi dari kau tau…” aku hanya tersengih. Kesian pun ada.
“Tapi kenapa pulak kau mimpi pasal dia? Pelik jugak. Agaknya ada oran g dah jatuh cinta tanpa sedar kot? Hm… Siapalah agaknya orang tu.”
“Hish! Takkan lah. Mustahillah… Not my taste. Sebab dia tu beza dengan aku setahun. Aku tak minat.”
“Dah tu yang macam mana kau minat? Bukan taste kau konon… Tengok-tengok one day nanti kau kapel dengan dia.”
“Mustahil jugak. Sebab sekarang pun dah nak akhir tahun. Tak ada masa dah aku nak bercintan dengan dia kalau ye pun. Lagipun aku suka lelaki yang gelap macam dia, hitam manis. Tinggi macam dia, badan pun macam dia jugak, tapi umur mesti 4 tahun lebih tua. Aku tak suka umur dekat-dekat. Macam kelakar pun ada. And aku suka yang macam… ala samseng sikit. Barulah best!” kataku terkekek.
“Hek eleh… Nak pakwe brutal konon… Cermin sikit diri kau tu yang macam ustazah… Hahaha…” Zarya ketawa. Aku pun ikut join sekaki.
Kring…!!
“Terima kasih, cikgu.”
Aku turun ke foyer sekolah mencari kelibat Zarya. Airina sudah tentulah sibuk bertugas. Dia kan pengawas. Aiqeel pula mestilah dengan geng dia. Takkan nak lepak dengan budak perempuan. Suria pula dari pagi tak masuk kelas, sibuk dengan sesi photografi Form 2 sampai sanggup tak masuk kelas Akaun. Lantak dia lah. Masalah dia.
Sepatutnya selesai kelas Akaun, aku seharusnya turun menyertai ahli redaksi yang lain tetapi apabila terkenangkan peristiwa Suria yang menolakku dan mengambil alih segala kerjaku, aku membatalkan hasratku. Baik jangan rosa kkan mood sendiri. Tak payah turun pun tak apalah…
Di foyer aku tidak nampak kelibat Zarya mahupun Suria. Aku ke berjalan menuju kantin. Tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Bau minyak wangi yang dipakainya menusuk ke dalam hidungku. Aku memandang empunya badan.
“Ha, dah buta dah?” marahnya. Aku hanya diam.
“Bisu pulak? Patut pun kau bisu. Hari tu bukan main sedap lagi kau mengutuk aku kan ? Tengok sekarang. Siapa lagi tinggi?” sengaja Aizudeen ingin membalas dendam. Anak matanya merenung tepat ke arahku. Aku menahan gera m.
“Haah, mengutuk memang best. Lebih-lebih lagi dengan manusia yang tak reti ikut arahan!” aku memulangkan paku buah keras kepadanya.
“Aku tak pendek lah! Hish… Tensionnya aku!!” katanya gera m. Dia mula mengusutkan rambutnya. Aku ketawa di dalam hati. Kelakarlah pulak.
“Apa senyum-senyum? Aku sumpah kau kan g bisu terus.” Ugutnya.
“Ingat aku heran ke? Sumpah kau tu tak menjadi. Sebab kau bukan antara oran g yang terpilih.”
“Eleh, mana kau tau aku ni oran g yang terpilih atau tak?”
“Tengok muka serabai kau pun dah tau… Hitam!”
“Oi! Sesedap mak datuk nenek moyang kau mengata aku depan-depan ea? Eh, gemuk! Cakap baik-baik sikit.”
“Hei! Mana ada aku gemuk? Tolong sikit. Aku punye slim kau kata gemuk!”
“Yalah, pakwe kau je yang kata kau kurus sebab cinta tu buta! Ada faham?”
“Whatever!” aku terus meninggalkannya dengan rasa sakit hati. Dia memandang ke belakang. Memandangnya tidak puas hati. Dia memandangku kosong. Macam ada benda lain yang tersirat.
“Amboi… Bergaduh sakan nampa k? Orang kata kalau selalu gaduh nanti jatuh cinta tau…” tegur Zarya.
“Amboi… Dalam senyap ek Farah… Kau ni, tak sudah-sudah. Kapel je keje kau. Dulu kata tak nak kapel dah? Dah serik lah kononnya. Sekarang? Apa? Mana kata-kata kau dulu tu?” Suria memberi pandangan mengejek. Aku bengang.
“Hei! Kau jangan nak buat cerita and jangan nak kecoh-kecoh. Aku tak kapel dengan dia. Aku gaduh dengan dia. Itu kapel ke? Kau buta ke apa? Aku baru kenal mamat tak guna yang sangat menyakitkan hati tu kau kata aku kapel dengan dia! Tolong sikit! Hish! Kenapalah hati kau ni buta sangat? Nak nilai sesuatu benda pun tak reti ke?!” aku terus meninggalkan mereka dengan perasaan sebal. Aku hairan. Kenapa hari ni semua orang nak rosa kkan mood aku? Apakah ini kesan dari Shahif? Sejak aku dan dia terpaksa berpisah, aku selalu marah-marah dan tidak dapat mengawal perasaan.
Aku tahu Shahif berbohong. Tak mungkin dia hanya mahu memutuskan hubungan hanya kerana dia mahu sambung belajar ke luar negara. Tak mungkin SPM tak seberapa nak sambung belajar. Macam menipu pun ada. Tapi itu semua tak mustahil kalau dia anak oran g berada. Kini aku terpaksa belajar melupakannya.
“Ops… Sorry, sorry…” fikiran aku yang bercelaru menyebabkan aku sakit kepala terus melanggar oran g dalam keadaan yang sesak itu. Kenapa bersesak pulak ni? Ada orang gaduh ke?
“Kau ni apasal? Asyik nak langgar…” kata-katanya mati apabila aku tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Aku terasa seperti dipegang seseorang pada kedua lenganku dan aku tidak lagi kisahkan dunia sekeliling.
Aku bangun dari perbaringan. Kelihatan ibuku sangat risau melihat keadaanku. Sedar sahaja, aku terus melihat keadaan sekeliling. Apa aku ni… kat hospital?
“Ya Allah… Farah… Farah ok, sayang? Are you feeling any better?”
“Ibu, Farah ok je lah… Ibu tak payahlah risau…”
“Mana tak nya risau, Farah… Farah satu-satunya anak ibu…” kata Pn Marlia. Naim mencebik. Aku memandang Naim. Sedih mengenangkan nasib Naim. Ibunya pilih kasih. Tapi dia tidak dipinta untuk dimanja oleh ibunya lebih dari Naim. Sepatutnya Naim yang dimanja kerana Naim anak yatim piatu. Dia tidak punya sesiapa lagi di dunia ini.
“Ibu, Farah rasa laparlah…” aduku.
“Farah lapar? Naim, pergi kafe belikan apa-apa yang patut untuk Farah.”
“Ibu, ibulah yang pergi. Nanti abang mesti pilih yang tak sedap untuk Farah.” Aku sengaja merungut. Pn Marlia tidak punya pilihan lain lalu diturutkan permintaanku. Sebaik sahaja Pn Marlia keluar, Naim merapatiku. Dia duduk pada birai katil.
“Farah lah satu-satunya anak ibu… Mestilah ibu risaukan keadaan Farah…” Naim membuat memek muka dan intonasi yang serupa seperti Pn Marlia. Aku ketawa kecil lalu memukulnya pada lengan. “Menyampah betul…”
“Ala h… Aba ng ni macam tak biasa pulak. Biasalah tu. Dah lah… Tak payah difikirkan lagi… Buat sakit hati aja.” Pujukku.
“Kau cakap senang lah… Sebab kau tak rasa. Abang ni yang ibu abaikan. Dia dah lupa yang abang ni pun anak dia jugak! Tak macam orang tu. Dah lah ibu lebihkan dia. Pastu ada pulak putera raja yang tolong angkatkan dia pergi bilik rawatan…”
“Hah? Apa? Siapa?” lantas aku teringatkan seseorang yang aku langgar tadi. Masa aku hampir rebah, aku terasa ada oran g memaut lenganku.
“Kura- kura dalam perahu, buat-buat tak tahu pula!” kata Naim keras.
“Yang abang nak marah-marah ni kenapa?”
“Yelah! Abang tak suka!”
“Lah, tak kan orang tolong Farah pun abang tak suka?!”
“Memanglah abang tak suka! Sebab abang cemburu!” katanya sudah berdiri. Mukanya serius sahaja. Aku tersengih.
“Aba ng ni buat lawak pulak ye?” aku ketawa. Dia tersenyum manis.
“Mana tak nya abang marah? Suka simpan rahsia dari abang. Baik bagi tau siapa lelaki tu, cepat!”
“Manalah Farah tau. Yang Farah tau ada orang pegang Farah masa Farah pengsan.”
“Yang abang nampa k lah… Nam a dia Aizudeen.”
“Hah? Dia? La… Farah ingat mula-mula tu Farah terlanggar budak Melayu. Tapi bila ada tangan yang pegang Farah, Farah tengok macam budak India.” Kataku jujur.
“Hoi! Tak reti terima kasih langsung! Dah lah ejek aku pendek, hitam. Sekarang kau ejek aku India pulak. Kurang asam betul minah gemuk ni!” tiba-tiba Aizudeen muncul. Aku terkejut.
“Hah? Bila masa aku ejek kau India ?”
“Okeh, abang tak mau masuk campur…” Naim angkat tangan dan terus meninggalkan kami yang sedang bertekak.
“Heh, baru cakap, tak kan dah lupa. Kau fikir budak India yang angkat kau? Hei, tolong sikit. Kalau betul budak India yang angkat kau, confirm dia bawak kau lari masuk belukar rogol ramai-ramai.” Ejeknya. Aku mengetap bibir gera m. Kurang ajar betul!
“Biadap betul kau ni.”
“Aku cakap betul. Lagipun kau tu putih. Lain kali baik kau turunkan lengan baju kau. Tak payah nak sinsing tinggi-tinggi. Buat naik nafsu je.” Tegur Aizudeen selamba.
“Bukan masalah kau. Sibuk je!” gerutuku. Namun jauh di sudut hatiku aku mengakui kata-katanya. Aku berazam untuk tidak membuat perkara itu lagi.
“Kau cabar aku ke?”
“Hah? Hello? Bila masa aku cabar kau pulak ni?”
“Ha, lain kali sinsing lah lengan tu tinggi-tinggi. Aku rogol kau baru tau!”
“Heee…!! Benci lah aku dengan kau! Keluar!!”
“Aku pun tak hingin nak duduk sini lama-lama. Tak sangka ini yang aku dapat sebagai terima kasih. Apa-apa pun, you’re very welcome.”
Dia memang melampau!!
“Hei, janganlah kau nak baling pulak bendalah tu!” entah dari mana Naim tiba-tiba bersuara. Aku meletak semula bekas bunga di atas meja kecil berdekatan katilku.
“Aba ng dengar tak apa yang dia cakap tadi??”
“Dengar. Every one word.”
“Kura ng ajar betul dia!”
“I like him.”
“You what?”
“Abang suka kalau mamat tu jadi adik ipar abang.”
“Aba ng?!” marahku. Naim hanya tersenyum.
“Ha, ni ibu belikan air kota k milo dengan teh bunga. And ibu belikan Farah roti sandwich and roti Gardenia coklat.” Pn Marlia meletakkan semua makanan dan minuman di atas meja kecil.
***
“Aku betul-betul tak percaya abang aku buat macam tu! Kejam betul. Siap ajak Aizudeen datang rumah lepak dengan dia lagi! Entah apa ilmu mamat tu pakai kat abang aku.” Kataku tidak puas hati.
Zarya hanya tersenyum.
“Panjang umur budak tu.” Katanya. Aku tidak memandang. Malas mahu ambil tahu tentang pelajar yang biadap itu.
“Seriously, dia pun hensem jugak walaupun gela p.”
“Hmph…” malas mahu menden garnya.
***
Seperti biasa aku pulang lewat untuk sembahyang Zuhur kecuali hari Rabu memandangkan aku sudah solat amali di surau secara berjemaah dengan rakan-rakan lain.
“Hei, baliklah. Melepak je kerja. Aku pun tak lepak lah… Aku terus balik rumah tau...” Tegur seseorang.
“Oi! Kau memanglah terus balik rumah. Tapi ada ke kau kerjakan solat 5 waktu kau? Sekurang-kurangnya aku lepak kat surau. Bukan tempat lain! Kecoh betul!”
“Eh, aku tegur sebab abang kesayangan kau tu yang suruh aku tengokkan kau and arahkan kau terus balik rumah. Kau selalu balik lewat sejak akhir-akhir ni. Abang kau komplen kat aku dowh… Lepas tu dia takut nanti kau pengsan lagi.”
“Oh, ok. Thanks. Nanti aku bagi tau kat abang aku supaya kau tak payah MASUK CAMPUR hal aku!” aku terus melangkah masuk ke dalam surau. Aku membuka tudung dan mengibas-ngibas kepanasan. Aku melepaskan satu keluhan berat.
“Ya Allah… Betapa bencinya aku kat mamat tu!!”
Selepas aku berasa sedikit tenang, aku melangkah keluar dan mengambil wudhuk. Aku memilih telekung yang selesa dan wangi-wangi dari alma ri telekung. Dan aku pun membentangkan sejadah bersedia untuk menghadap Illahi.
Aku memakai kasut perlahan-lahan, tidak mahu terburu-buru. Kemudian menggalas beg sekolah melangkah keluar dari perkarangan surau sekolah.
“Lambatnya keluar…”
“Kau buat apa tak balik lagi?”
“Saja?”
“Huh? Kau gila ke?”
“Em… Ye kot?”
“Tak kuasa aku nak layan.”
“Weh, kau benci sangat ke kat aku?”
“Apasal kau tanya?”
“Tadi aku terdengar kau cakap sorang-sorang. Kau cakap, ‘Ya Allah, bencinya aku dengan mamat tu’.”
“Aik? Ada orang terasa ke?”
“Hm… Dah lah… Aku dah malas nak gaduh dengan kau. Ok lah. Kau lepas ni jangan melencong mana-mana tau. Terus balik rumah.”
“Eh? Mak bapak aku pun tak kecoh macam kau tau!” gerutuku. Aku terus meninggalkannya.
Aizudeen hanya memandang kosong. Dia melepaskan satu keluhan berat. Hatinya berbelah bahagi. Semuanya bermula sejak Farah mengutuknya semasa di perhimpunan sewaktu sesi photografi hari itu.
***
“Assalamualaikum…”
“Walaikumsalam.” Jawabku perlahan. Tak tahulah kalau dia dengar atau tidak. Yang pasti aku meyakinkannya dengan senyuman yang memang dibuat-buat.
“Haah lah… Memang cun.” Kata seorang rakannya yang tak pernah kulihat sebelum ini.
Aku memandang abang yang memberi salam padaku tadi. Dia hanya tersenyum padaku. Aku membalasnya acuh tak acuh.
“Sayang! Apasal laju sangat jalan tu?!”
Aku memandang ke belakang lagi sekali. Sempat aku melihat raut wajah abang-abang tadi yang jelas berubah. Dia seakan tidak suka. Aku memandang pada empunya suara tadi. Aizudeen??!! Berani dia!
“Apa sayang-sayang?!” marahku.
“Ala h… Rileks lah sayang… Tadi abang gurau-gurau je. Takkan itupun nak merajuk… Tak sukalah kalau ayang abang ni merajuk-rajuk…” katanya lalu memegang tanganku. Aku pantas menarik tanganku dari genggamannya. Aku bagaikan terkena elektrik sebaik sahaja kulit kasarnya menyentuh jemariku. Aku benar-benar tidak puas hati dengan sikap Aizudeen. Sudah lah aku terlalu menbencinya, sekarang berani betul dia mahu menyentuhku! Pantang betul aku kalau ada lelaki yang menyentuhku walau sedikit pun.
“Sorry.” Bisik Aizudeen apabila dia sedar aku tidak suka dia memegang tanganku.
“Apa sorry-sorry?! Aku benci kau lah! Eee!! Macam manalah abang aku tu nilai kau ek?” Dia tersenyum. Aku sakit hati melihat senyumannya. Terasa seperti sebuah senyuman mengejek untukku. Aku sudah tidak mempedulikan abang-abang yang berada di bawah pokok menjual air kelapa itu lagi.
“Hm… Maybe sebab muka aku berseri-seri. Biasalah… Orang terpilih kan …? Aku rasa kau dah terkena sumpahan aku lah…”
“Argh! Pergilah kau jauh-jauh dari aku!”
“Yup, jauh di mata dekat di hati. Ok, bye sayang…” bisiknya. Aku terdiam. Dia terus berpatah balik dan berjalan menuju ke rumahnya. Aku menghentikan langkah kakiku dan memandang Aizudeen yang berjalan tanpa memandang belakang.
Aizudeen… Apa maksudnya? Jauh di mata dekat di hati? Aku tiba-tiba rasa berdebar. Aku kembali melangkah pulang ke rumah.
Di rumah aku menceritakan segala yang berlaku pada Abang Naimku. Dia menden gar dan senyap sahaja. Selebihnya dia hanya tersenyum. Kenapa lelaki suka sangat tersenyum? Argh! Sangat menyakitkan hati!
“Takkan kau tak ada sikit pun perasaan kat dia?” tanya Naim.
“Soalan apa yang abang tanya ni??” aku menggaru kepala. Aba ng ni! Orang nak luahkan perasaan. And sepatutnya dia bising. Tapi ini tidak! Tanya soalan macam tu pulak. Dia tak faham ke? Aku punyalah benci kat mamat tu, dia boleh tanya soalan tu?
“Janganlah buat-buat tak tahu! Abang tanya kau jawab je lah…” Naim memandangku penuh harapan. Alah… Aba ng ni…
“Malas lah cakap dengan abang…” aku terus bangun dan menuju ke bilikku. Naim hanya memandangku tersenyum.
“Something is going on…” katanya.
***
“Aku tak tau… Tapi aku tak boleh lupakan dia… Aku asyik teringat waktu amik gambar je… Teringat balik macam mana dia ketawakan aku… Tapi aku tengok, dia jarang senyum dah sekarang. Asyik marah je.”
“Dia datang bulan kot?” seloroh Hazim. Mereka ketawa.
“Memandai je buat konklusi sendiri.”
Aizudeen tersenyum.
“Fa… Janganlah muram macam ni…” tegur Zarya.
“Dah tu? Takkan nak gelak tanpa sebarang alasan. Kang kau kata aku gila pulak…”
“Ala h… Bukanlah macam tu maksud aku… Cuma aku tengok kau tak ceria je… Dahlah… Tak payah fikirkan pasal Shari f lagi. Kau jangan lupakan dia dan jangan teringatkan dia… Kau faham kan maksud aku?” aku hanya mengangguk.
Tanpa sedar air mataku menitis membasahi pipiku. Aku tidak dapat menahan tangisanku lagi. Aku hanya menundukkan wajahku. Setitis demi setitis gugur. Aku mengesat air mata. Zarya mengusap belakangku. Dia menghulurkan tisu.
Aku menyambutnya. Aku mendongak. Memandang wajahnya. Tetapi bukan Zarya yang menghulurkan tisu itu. Aizudeen! Aku memalingkan wajahku. Zarya bangun dan bercakap sepatah dua dengan Aizudeen yang kutidak pasti butir bicara mereka. Kemudian dia pergi meninggalkan aku dengan Aizudeen. Hanya berdua.
“Menangislah puas-puas. Sampai kau rasa lega. Lepas tu baru kau luahkan melalui kata-kata. Kalau tak mampu, luahkan dengan tulisan.” Katanya. “Nak tisu lagi?”
Aku hanya mengangguk. Mungkin anggukan itu melucukannya. Dia ketawa kecil dan menghulurkan tisu.
“Terima kasih.”
“Kasih diterima. Pintu hati ni sentiasa terbuka untuk insan istimewa bernama Nurul Farah Azizudin.” Aku terpempang dengan bicaranya. Terasa keluhuran disebalik kata-katanya. Aku hanya menundukkan wajahku. Terlupa sudah setiap perkara yang menyakitkan hatiku setiap kali berjumpanya. Terlupa sudah semua pertengkaran yang pernah terjadi antara kami berdua.
Aku bangun mahu ke kelasku semula. Dia turut bangun.
“Tak nak nangis sampai puas?”
“Tak nak. Nanti kau ejek aku.” Dia ketawa. Ha ha. Aku ketawa sebutir-sebutir. Kelakarlah sangat. Aku membuat muka bosan.
“Ok, ok… Sorry… Nah, aku beli tisu memang untuk kau pun. Amik je lah. Manalah tau nanti banjir datang balik.”
“Aku tak perlu budi kau.”
“Yalah tu tak perlu. Hari tu kalau aku tak ada, mesti tak ada sesiapa nak tolong angkatkan kau yang berat nak mampus tu.”
Aku malas hendak melayannya. Aku terus ke kelasku tanpa menyambut huluran tisunya.
Aizudeen hanya memandangnya berlalu. Dia mengeluh. Keras hati perempuan ni. Dia langsung tak layan aku! Dia layan macam tak ikhlas. Dulu dia senang didekati tapi sekarang… apa jadi kat dia sebenarnya?
***
“Oh… Aku rasa sebab Shari f.”
“Shari f? Siapa tu? Ex dia ke?”
“Yup. Dorang kapel sekejap je. Sebulan tapi kenal dah lama. Dalam setahun jugak la. Lebih kurang macam tu. Farah, dia pernah cakap kat aku, dia suka gila kat Si Sharif ni. Aku tengok sendiri pun, aku restu lah…
Tapi tak sangka pulak last-last dorang terpaksa break atas sebab-sebab tertentu. Entah lah… Aku pun tak sure sangat apa sebabnya. Tapi yang pasti sebab yang tak dapat dielakkan. Sejak tu aku tengok dia selalu murung tapi cover. Tapi aku kenal dia dari kecik, aku tau lah… Ada yang tak kena dengan dia…
Aku pernah nampak dia menangis beriya-iya kat bilik dia. Aku nak tau sangat-sangat and aku bukak diari dia, blog peribadi dia, and semua surat-surat and kotak-kotak bawah katil dia. Last-last aku dapat tau Shari f dah tinggalkan dia. Sebabnya, dia tak tulis. Aku dapat rasa yang dia sayang gila kat Shari f. Tak pernah lah pulak dia gila macam ni hanya disebabkan lelaki.” Cerita Naim.
Aizudeen hanya menden gar dengan teliti.
“Apa-apa pun, jangan cepat mengalah, ok?” kata Naim sambil menepuk bahu Aizudeen dan tersenyum. Aizudeen tersengih. Segan barangkali.
“Farah!! Farah!”
“Farah!! Ooo Farah!”
“Apa bising-bising ni??!” marahku. Mana tidaknya? Orang tengah sedap tidur ada sahaja yang mengganggu. Ingin saja aku sambung memarahi abangku tetapi perbuatanku tidak terlaksana sebaik sahaja melihat kehadiran Aizudeen di sebelah Naim.
Kakiku tiba-tiba kaku lalu aku tersedar dan cepat-cepat naik ke bilik. Argh!! Jeritku di dalam hati. Malu gila! Dah lah seluar pendek, baju sleeveless, rambut kusut-masai. Malunya! Nak turun balik ke tak ni?
“Ehem…” dehem Naim apabila Aizudeen tidak melepaskan peluang melihat Farah yang agak seksi petang itu.
“Dia cute lah…” kata Aizudeen cuba melindungi keterlanjuran pandangannya. Naim hanya menyikunya.
“Aku sengaja panggil dia. Biar kau tengok. Tapi sikit je… Aku nak tengok reaksi kau…”
Aizudeen menelan liurnya. Bahaya jugak abang dia ni. Nampak je macam friendly and ramah tapi… macam-macam test dia bagi aku lah!
“Apa panggil-panggil Farah? Sampai nak runtuh langit kat atas tu?”
“Alah Farah ni… Suka betul marah abang. Manalah abang tau Farah tengah sedap tidur. Seksi pulak tu.” Usik Naim.
“Eee… Abang ni!” gera mnya tak terkata waktu itu. Aku mengambil bantal kecil di sofa lalu melemparkannya pada Naim tetapi sayangnya terkena Aizudeen pula memandangkan Naim mengelak. Naim ketawa sepuasnya.
“Hahaha… Wek! Tak kena!” ejek Naim.
Aku meluru ke arahnya dan memukulnya. Bergelut kami sementara waktu. Aizudeen tersenyum dan memerhati. Rapat betul dua beradik ni. Tapi bukan ke dorang ni adik beradik angkat je? Rapat ni lain macam punya rapat ni?
“Hei! Dah lah tu! Haha… Ok, ok… Aba ng mengalah… Dahlah, kau ni tak tau malu betul.”
“Farah peduli apa dengan manusia biadap tu?”
“Assalamualaikum…”
“Walaikumsalam…” jawab Farah dan Naim serentak.
“Tak tahu pulak papa kita ada tetamu?”
“Haah, ni ha… Pakwe baru Farah… Kenalkan Aizudeen. Ini papa kita oran g…” kata Naim dengan selambanya. Aizudeen resah sendiri. Kenapa dia cakap macam tu??
“Aba ng?!” marahku lagi. Entah berapa kali aku menejrit menyebut namanya. Sakit tekakku, hilang suaraku. En Az izudin tersenyum.
“Wah, lebih kurang samalah nama kita ya? Form berapa ni?”
“Form 5, uncle…”
“Oh… Betul ke pakwe Farah? Sebenarnya uncle tak kisah sangat. Tapi asalkan pelajaran korang tak terganggu malah semakin baik. Itu yang penting. Kalau pelajaran tak terganggu, korang nak berdating 24 jam pun uncle tak kisah.” Kata En Azizudin. Dia tersenyum manis kepada Aizudeen. Rahangku bagaikan hendak jatuh. Terlopong, tidak percaya dengan kata-kata papaku.
“Papa… Kita orang bukan seperti yang papa fikirkan…”
“InsyaAllah… Saya buat yang terbaik, uncle.” Kata Aizudeen. Lagilah aku bengang!
“Dialah yang tolong angkatkan Farah masa Farah pengsan hari tu, papa… Gentleman habis…” cerita Naim. Aku menepuk dahi. Aku lihat papa sudah tersenyum penuh makna ke arahku. Nampaknya aku tidak punya pilihan lain. Argh!! Aku hanya mendiamkan diri.
Papa, Abang Naim dan Aizudeen berborak sehingga jam menunjukkan pukul 7. Aizudeen meminta diri untuk pulang. Tetapi papa pula mengajaknya makan malam sekali. Hari ini merupakan hari paling malang buatku. Dan dia bersetuju! Dia menelefon rumah dan mengatakan bahawa dia pulang lewat.
Mama pulang sahaja ke rumah, terus menyediakan hidangan buat kami berlima. Ya, berlima. Bukan lagi berempat seperti biasa.
“Ha, abang pulak, bila nak bawa balik menantu papa? Patutnya papa dapat dari cik abang dulu. Awak tu dah nak habis belajar. Tak lama lagi dah kerja kahwin je terus. Farah tak apa jugak, muda lagi.”
“Nan ti abang bawa jumpa papa.” Katanya. Sekali lagi mahu sahaja aku meletup.
“Apasal Farah tak tau abang ada makwe?!”
“Sebab Farah tak pernah tanya.” Huh! Ringkasnya jawapan?! Benci betul! Tak adil… Aizudeen tersenyum sahaja dari tadi. Menyampah!
***
“Woi! Aku cakap dengan kau lah!” jeritku. Api kemarahanku tidak tertahan lagi. Aku mara ke hadapan dan melempang pelajar itu. Pang! Merah pipinya, berbirat. Zarya menahanku dari terus-terusan menyerang pelajar itu. Aku terlalu marah dan air mataku mengalir.
“Kenapa? Kenapa? Kenapa dia mesti tinggalkan aku?”
“Fa, rileks lah… Bawa bertenang…”
“Apasal ni?! Kenapa awak lempang pelajar ni?” marah Pn Julina lalu aku ditampar keras oleh Pn Julina. Pedih sekali. Aku dibawa ke pejabat.
Aizudeen tidak jadi pulang ke kelas setelah nampak Farah menampar seorang pelajar Tingkatan 1 dan ditampar semula oleh Pn Julina dari koridor tandas lelaki. Dia lekas turun mendapatkan Farah.
“Fa… Sorry… Aku tak dapat tolong kau…”
“Shari f… Aku sayang dia sangat-sangat… Budak tu kurang ajar sangat! Aku benci Sharif, tak… Aku benci budak tu! Aku rindu Sharif…” aku tak tahu apa yang diucapkan olehku ketika itu.
“Fa, kau keliru ni… Fikiran kau berkecamuk…”
“Sudah! Tak payah buat-buat keliru ke apa?! Yang pasti, kamu saya keluarkan dari sidang redaksi!” tegas Pn Julina. Aku hanya menundukkan wajahku. Menangis, menangis, dan menangis semahunya.
“Zarya… Apa dah jadi? Kenapa?”
“Dia tension sangat. Aku rasa dia macam dah tak waras. Dia terlalu fikirkan Shari f sampai terbawak-bawak…”
“Farah… Rileks lah… Farah, kau janganlah ingatkan lagi dia… Dia dah tinggalkan kau. Dia dah berlaku kejam pada kau. Takkan kau masih nak fikirkan dia sedangkan dia langsung tak terfikirkan kau? Aku kan ada? Aku akan sentiasa ada di sisi kau… Anytime when you need me, sayang…” Aizudeen berkata perlahan. Dia berada di hadapanku seakan melutut padaku yang sedang menangis menekup wajahku.
“Sumpah, demi Allah, aku sayang dia…” ucapku.
Aizudeen diam. Perit, pedih dan terluka. Sakit hatinya menden gar ucapan ringkas itu tetapi dia harusnya sedar, kesabaran adalah segala-galanya untuk memikat hati seorang perempuan. Dia sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan Farah.
“Terima kasih, sebab sentiasa ada di sisi aku bila aku perlukan kau. Please… Jangan pergi. Temankan aku sentiasa?” aku memandang tepat ke anak mata Aizudeen. Dia tersenyum dan menghulurkan tisu.
Ah, tisu hari tu! Tak sudah-sudah dengan tisu tu. Tetapi huluran Aizudeen disambutnya juga.
“Apa maksudnya kata-kata tu, Farah?” tanyanya menginginkan kepastian.
“Nurul Farah binti Azizudin! Memang cari pasal ya? Masuk bilik saya sekarang!” arah Pn Pengetua.
Aku bangun dan meninggalkan Aizudeen yang penuh dengan tanda tanya.
“First sekali awak menampar pelajar yang tak sepatutnya awak tampa r. Kedua, awak tak ada hak untuk tampa r pelajar tu. Ketiga, boleh pulak awak berasmara dengan teman lelaki awak di depan mata saya ya! Awak nak ke saya gantung persekolahan awak??!”
“Itu tak adil. Saya bukannya berdating dan buat perkara tak senonoh! Saya hanya menampar pelajar biadap tu! Bukannya memeras ugut dia. Saya ada hak menampar dia, kerana dia jugak mengejek nama mak ayah saya! Puan tak rasa apa yang saya rasa!
Dah lah saya dalam keadaan tertekan. Saya tak teringin pun nak terlibat dengan sidang redaksi tetapi disebabkan kawan-kawan saya, saya masuk juga! Dan cikgu meletakkan harapan pada saya supaya tak keluar dari sidang redaksi. Ini semua bukan salah saya!!” air mata mencurah-curah. Tisu yang diberikan Aizudeen memang sangat berguna pada saat itu tetapi aku hanya membiarkan air mata membasahi pipiku.
Puan Pengetua hanya diam tidak berkata. Dia kembali duduk dan sibuk menulis sesuatu. Aku begitu kecewa dengan sikapnya yang langsung tidak ambil peduli tentang perasaanku.
“Awak ambil notis ni, dan jika ibu bapa pelajar tu mengambil tindakan atau menyaman pihak sekolah, awak yang bertanggungjawab dan tandatangan surat perjanjian ni! Cepat!”
Sungguh tidak dipercayai! Pengetua memaksaku menandatangani surat perjanjian semata-mata kerana tidak mahu terlibat dengan perkara ini. Bukankah sepatutnya dia bertanggungjawab menyelesaikan masalah ini dengan bijaksana? Bukannya dengan perjanjian seperti ini. Sungguh aku tidak menyangka begini teruknya sikap pengetua sekolahku. Mahu tak mahu aku menandatangani surat perjanjian kerana tidak mahu digantung sekolah.
***
Aizudeen dan Zarya nyata tidak puas hati dengan ceritaku. Tetapi itulah yang sebenarnya. Tetapi apa boleh dibuat lagi? Tandatangan sudah pun diturunkan. Surat itu ada dalam genggaman pengetua.
Secara tidak sedar, tiba-tiba sahaja aku berbaik dengan Aizudeen. Tidak ada pertengkaran lagi antara kami. Dia bagaikan terlalu prihatin dan penyayang. Dia menden gar setiap kataku dengan teliti dan menunjukkan minat terhadap setiap patah kataku.
Dia juga tidak menyebelahi mana-mana pihak melainkan yang benar. Dia juga mengingatkan aku bahawa aku juga bersalah. Ternyata rupanya sikap yang ada pada Shari f sedikit sebanyak diwarisi Aizudeen sendiri tanpa aku ketahui selama ini. Mataku semakin jelas melihat segala sifatnya yang baik-baik.
“Mestilah pengetua bising mula-mula tu… Sebab kau tinggikan suara pada dia. Sedangkan dia tu seorang guru dan oran g yang lebih tua dari kita. Kau kenalah hormat dia walaupun sememangnya kau tak bersalah. Kau kenalah cakap elok-elok…” katanya.
Aku hanya tersenyum. Wajahnya serius sahaja. Zarya bagaikan dapat mengesan sesuatu yang sedang berlaku. Dia juga turut tersenyum sekali.
“Yang korang tersenyum-senyum ni apasal?” marah Aizudeen.
“Entah? Tanyalah Farah. Ok lah, aku masuk kelas dulu, ok sayang…” Zarya tersenyum penuh makna.
“Hm?” Aizudeen mengangkat keningnya bertanyakan soalan yang sama kepadaku.
“Manalah aku tau!” gerutuku.
“Tak kan kau tak tahu sendiri apasal kau senyum? Aku cakap serius tu, kau boleh lagi senyum-senyum kan ?”
“Suka hati aku lah!”
“Kau ni keras kepala betul!”
“Dah tu? Biar lah! Kepala aku, apa kau sibuk?”
“Sebab aku sayang kau lah aku sibuk!” katanya. Aku terus berlalu naik ke kelas sambil berkata,
“Bla… bla… bla…”
Aizudeen hanya tersenyum melihat tingkah laku Farah. Dan Farah pula sememangnya mahu mengelak. Kerana Aizudeen berjaya membuatkan dia blush!
***
“Nasib baik dia tak ambik apa-apa tindakan. Nasib baik budak tu maafkan Farah, kalau tak, entah apa mak bapak budak tu buat.”
“Hish, kau ni! Tak reti langsung kawal perasaan tu!” marah Naim. Aku hanya tersenyum manis.
“Sekarang bolehlah dia senyum manis. Nak tau tak, masa dia kena hadap pengetua, air mata tak henti-henti mengalir. Lembik sebenarnya dia ni!” cerita Aizudeen. Naim dan En Azizudin ketawa. Aku menjeling Aizudeen tajam. Dia tersenyum.
“Sedap mengata orang kan ?” aku membaling bantal kepada Aizudeen.
“Dia memang… Nampa k je ganas… Tapi sebenarnya cengeng!” tambah Naim.
“Aba ng! Benci abang!”
“Yelah… Memang macam tu… Dia benci kat Abang Naim dia yang sorang ni sebab dia dah ada cik abang yang baru…” usik papa pula. Aku hanya tersenyum memandang Aizudeen.
Aizudeen membalas pandangan Farah. Ingin sahaja dia pergi mendapatkan Farah dan mendakapnya serta mengucupnya di pipi molek itu. Rasa sayangnya mencurah-curah tak terkata. Tetapi dia sedar akan hukum-hakam agama. Islam melarang lelaki dan perempuan yang bukan mahram bersentuhan walau sedikit pun dan hukumnya HARAM.
Dia tersenyum mengingati peristiwa di mana Farah yang mamai turun ke bawah dengan seluar pendek paras peha dengan baju tanpa lengan. Wajahnya sangatlah comel pada waktu itu dengan rambut yang kusut-masai. Ingin sahaja dia mengambil gambar dan menampal gambar itu sebesar-besarnya di dalam bilik tidurnya. Dia tersenyum sahaja.
Farah perasan Aizudeen tak sudah memandangnya dan tersenyum-senyum. Pasti Aizudeen terfikirkan kenangan-kenangan yang berlaku secara tidak sengaja antara mereka berdua. Dan Farah tidak akan sesekali melupakan peristiwa yang menemukan mereka. Peristiwa semasa di tapak perhimpunan sesi photografi tingkatan 5 bagi tahun 2008.
Walau bagaimana pun, tidak semudah itu dia melupakan Shari f. Kasihnya pada Sharif tetap mekar di hati dan dia sedar, kini hatinya milik Aizudeen dan dia akan setia dengan lelaki itu.
“Bila kau nak balik ni?” Tanya Farah.
“Kau halau aku ke?”
“Lebih kurang.”
“Kura ng asam betul. Tak guna punya makwe.”
“Wek! Dah, cepat balik!”
“Yelah… Aku balik… Cepat kiss dulu.”
“Muah, ok dah, chow cepat!” aku bangun dari dudukku di sofa dan menarik baju Aizudeen supaya dia bangun cepat. Papa dan abang hanya memerhati gela gat kami.
“Tak macam kapel langsung! Kasar dan… dan… dan apa entah!” komen Naim. Papa hanya tersenyum.
Aizudeen melangkah keluar dari halaman rumah beriringan dengan Farah.
“Thanks…”
“Untuk…?”
“For everything.” Ucapku. Dia hanya tersenyum.
“Terima kasih jugak sebab sudi terima aku.”
“Aku akan cuba untuk sayang kau ok?”
“Aku tak kisah asalkan kau dah memang pasti aku yang punya.”
“Aku sayang kau, Farah…” ucap Aizudeen.
“Hm…” aku tak tahu apa lagi yang harusku katakan. Aku hanya tersenyum malu.
“Comel lah kalau kau senyum macam tu, malu-malu. Lagi comel kalau kau tengah marah, muka merah je.”
| Ibarat Aizudeen dan Farah <3 |
TAMAT
No comments:
Post a Comment