SOME THING TO SAY...



Just a little part of my life. My lecturer said, when you write, without realising it, you will tell your own stories. Well... he is saying the truth because I am writing from my experience and also my desire and dreams. :) So it is a little part of my life. Im showing it with words in a plot.

Wednesday, January 19, 2011

H.A.C.K.S Series 1


‘Aku rindukan dia… Sangat-sangat… Terlalu rindu…’

‘Memang dialah yang teristimewa…’

‘Mungkin kita orang memang dah tak ada jodoh…’

‘Aku tetap tak boleh lupakan dia…’

‘Walau apa pun terjadi, aku tetap cintakan dia…’

‘Dan aku rela berkorban apa saja untuk dia bila-bila masa…’

“Kau ok ke?”

“Aku ok…”

“Ok kau kata? Aku tengok dari tadi kau termenung aja…”

“Tak lah… Aku teringatkan kawan lama aku.”

“Kawan ke awek?” usik Azmi.

“Hish kau ni! Ke situ pulak pergi.”

“Aku sedih betul dengan kisah cinta kawan aku ni. Terpaksa break dengan awek dia. Padahal mereka tu saling menyayangi.”

“Kenapa mereka break?”

“Sebab orang ketiga. Sebenarnya aku tak berapa pasti dengan kisah dorang tu. Tapi yang pasti dorang terpaksa break. Mesti sakit kan?” Hazim menekankan perkataan ‘terpaksa’.

“Mana taknya tak sakit… Kalau dah sayang… Memanglah sakit.” Hazim hanya mengangguk setuju.

***

“Sara, kenapa dengan kau ni?”

“Aku teringatkan Zhaf…”

Wanda hanya mendiamkan diri. Benar, dia tidak pernah merasa kesakitan yang dialami Sara tetapi dia tahu, perpisahan itu memang menyakitkan. Dia cuba memahami isi hati Sara ketika itu.

“Hai…”

Sara cepat-cepat mengesat air matanya apabila mendengar suara Hazim. Hazim memandang Wanda cuba mengisyaratkan sesuatu. Wanda bagaikan mengerti berbisik kepada Sara.

“Aku pergi dulu ya…” Sara hanya mengangguk. Hazim mengambil tempat di sebelah Sara.

“Hei, kenapa ni sayang?”

“Tak… Tak ada apalah… Teringatkan kenangan lama…” kata Sara cuba untuk senyum. Hazim membalas senyuman Sara. Hati Sara sedikit reda melihat senyuman ikhlas Hazim. Mengapa ya kali ini senyumannya kelihatan sedikit berbeza?

“Jom…”

Hazim menemani Sara berjalan di sekitar taman rekreasi memandangkan Sara tiada kelas selepas itu. Tanpa pengetahuan Sara, dia memonteng kelasnya petang itu semata-mata kerana mahu menghabiskan petangnya bersama gadis tersebut.

Hazim memegang tangan Sara seeratnya. Jika diturutkan hatinya ketika itu, ingin sahaja dia memeluk dan mencium pipi Sara dengan penuh kasih sayang. Sara memandang Hazim hairan.

“Kenapa dengan awak ni?”

“Kenapa tanya macam tu?”

“Yelah… Bukan main kuat lagi awak pegang tangan saya…”

Hazim tersengih. Mereka duduk di bangku berhadapan dengan tasik sambil memerhatikan panorama dan  gelagat orang yang lalu-lalang. Hazim melepaskan genggamannya. Merah jemari Sara akibat daripada itu. Dia hanya menggosok tangan Sara perlahan.

“Awak ni kenapa Hazim? Lain macam je?”

“Tak adalah… Apa yang lain macam?”

“Tak adalah… Cuma kenapa tiba-tiba je hari ni awak jadi macam romantik sangat and terlalu jiwang sangat.”

“Jiwang? Apa yang jiwangnya?” Hazim ketawa kecil.

“Tak… Bukan dari segi kata-kata. Tapi perlakuan awak. Cara awak senyum tadi pun lain.”

“Sebenarnya, pagi tadi tiba-tiba je saya terdetik untuk buka balik tengok album-album lama. Then, saya nampak satu gambar ni. Gambar saya dengan kawan saya. Kawan saya tu sebenarnya ada girlfriend tapi… dorang terpaksa break. Dua-dua tak rela tapi nak buat macam mana? Mungkin dorang tak ada jodoh.”

“Jadi sebab tu lah awak baik sangat hari ni?”

“Eh, selama ni saya tak baik ke?” Sara tersenyum.

“Baik… Cuma kali ni terlebih baik.”

“Entahlah… Cuma saya tiba-tiba rasa sedikit beruntung. Setakat perhubungan kita selama setahun ni, tak ada apa yang menghalang. Kalau ada pun, tak adalah sampai kita gaduh besar. Tiba-tiba saya diburu rasa bersyukur sebab dikurniakan awak sebagai kekasih saya. Saya nak hargai selama kehadiran awak di sisi saya…”

Hazim dan Sara saling berpandangan antara satu sama lain dan berbalas senyuman. Ingin sahaja dia memeluk bahu Sara. Tetapi dia sangat menghormatinya dan tidak akan sesekali melebihi hadnya walaupun jika Sara membenarkannya berbuat sedemikian.

“Terima kasih sebab menghargai saya dan menceriakan hari saya selama ni…”

***

“Kau bila nak balik?”

“Entah la… Tapi yang pasti very soon…”

“Very soon, very soon. Tahun lepas pun cakap macam tu, tapi tak adanya kau turun Malaysia…” bebel Hazim. Arip hanya ketawa di hujung talian.

“Sorry la bro… Aku pasti tahun ni aku balik. Aku akan duduk Malaysia terus. Don’t worry ok…”

“Hei beb, aku tak pernah risaukan kau, tahu… Aku just nak jumpa kau dan borak panjang. Lepas tu, kau nak balik sana kahwin orang sana pun boleh tahu…” seloroh Hazim. Arip ketawa.

“Sampai hati kau… Lagipun, tak mungkin aku kahwin punya lah… Not with the girls here. So not my cup of tea… Taste aku masih lagi sama. Still nak kan perempuan Melayu.”

“Yelah, yelah… Suka hati kau lah…”

“Lagipun aku masih tak boleh lupakan dia…” nada suaranya mulai berubah.

“Rip, kau tak akan boleh lupakan dia. Trust me. Sebab dia pernah jadi orang penting dalam hidup kau. Perkara yang terbaik ialah jangan lupakan dia. Dan jangan kau ungkit lagi pasal dia. Kau kena terus pandang depan dan bagi peluang pada perempuan lain. Dan aku nak bagi kau nasihat. Jangan sekali-kali kau banding-bandingkan perempuan lain dengan Mei… Don’t you ever.”

“Yes, boss…” Arip tersenyum.

“Hm… Bagus… Ha, lagi satu, nanti, bila kau dah sampai sini aku nak kenalkan awek aku kat kau. Cepat-cepat la datang sini ok? Lepas tu nanti kita buat la gathering. Aku masih contact lagi dengan beberapa orang geng kita dulu.”

“Insya-Allah… Kalau tak ada aral melintang, sampai la aku kat sana…”

***

“Mie, sampai bila kau nak skandal je dengan budak sekolah tu? Baik kau couple je terus dengan dia…” tegur Hazim apabila melihat Azmi tersenyum sendirian di hadapan laptopnya.

“Hish, tak kan dia nak kapel dengan aku. Kau tengoklah aku ni macam mana. Tak kan dia nak kat orang yang ‘comel-comel’ macam aku ni?”

“Dah dia sanggup skandal dengan kau, maksudnya dia pun suka jugak lah sikit-sikit kat kau… Ada harapan terus couple tu… Tak baik lah skandal-skandal ni…”

“Tak payah lah… Lagipun aku dengan dia suka-suki je… Lagipun tak kan aku nak couple online je kot? Tak best la…”

“Hm… Suka hati kau lah… Tapi dari cara kau cerita pasal budak tu, macam kau berkenan pulak dengan dia.”

“Wei, memang lah aku berkenan. Dia ni mix, lawa. And dia bukannya jenis budak sekolah mentality low punya. Dia lain sikit. Tak adalah aku rasa macam borak dengan budak kecik. Itu pasal aku suka borak dengan dia…”

“Hm… Apa-apa ajalah…”

“Ha, apa cerita kau dengan Sara?”

“Biasa je. Tapi sekarang ni ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku. Aku takut sangat…”

“Apasal?”

“Minggu lepas aku call kawan lama aku, yang aku kata dia terpaksa break dengan girlfriend dia tu… Ingat lagi?”

“Ingat…”

“Arip… Dia kata dia nak hantar aku satu gambar. Semalam dia hantar. Aku dah tengok dah… Tapi aku curiga tau… Kejap, aku bukak email aku. Kau cuba tengok gambar ni…”

Setelah beberapa klik, akaun email Hazim dibuka dan dia terus mengklik email yang dihantar Arip. Dia membesarkan gambar tersebut. Dahi Azmi sedikit berkerut melihat gambar itu. Dia membaca nota di bawahnya.

‘Ini gambar aku dengan girfiend aku, Mei. Masa tu kita orang baru je declare couple. Itu pasal dia masa tu macam malu-malu lagi. Bagi aku, itulah gambar dia yang paling lawa. I miss her… So much…’

“Ini macam…” Azmi memandang Hazim. Hazim hanya mengangguk.

“… Sara.” Mereka mengucapnya serentak. Hazim menunduk.

“Aku tak tau nak buat apa sekarang. Dan aku masih lagi tak pasti sama ada itu memang betul Sara atau dua pelanduk serupa. Aku cuak bro… Aku takut kalau dorang ni orang yang sama… Aku tak nak lepaskan Sara. Dan aku tak nak lukakan hati kawan aku tu…”

“Lebih baik kau tanya Sara sendiri. Tapi kat sini nama dia Mei…”

“Kau tau tak nama penuh Sara apa?” Azmi menggeleng. “Siti Noor Maisara.”

“Jadi singkatan yang dia pakai tu Mei. Memang kemungkinan besar, Mei dan Sara orang yang sama. Kau tau nama penuh awek kawan kau tu apa?”

“Tak…”

“Aku dilema sekarang ni Mie…”

“Aku rasa baik kau jangan jumpakan dia orang berdua.”

“Tapi sampai bila aku nak larikan dia orang berdua. Dunia ni kecil aja…”

“Tak… Tapi dunia ni akan jadi kecil macam yang kau sangka kalau betul dia orang memang dah dijodohkan bersama.”

“You’re not helping.”

“Aku just bagi tahu perkara yang sebenar.”

“Well I won’t let that happen.”